... BERSAMBUNG
Tarikh : 09 Mac 2019Misi : Day 02: Berbackpacker ke Vietnam Utara
Tempoh : 7H6M
Lokasi : Thác Bản Giốc, Trùng Khánh, Cao Bang, Vietnam.
Coordinate: N22.85538° E106.72259°
Google Maps:https://goo.gl/maps/btPPwR33thH2
Thác Bản Giốc
Singgahan pertama kami ialah ke sebuah air terjun yang dikatakan antara yang tercantik di Asia iaitu Ban Gioc Waterfall (thác Bản Giốc). Dikenali juga sebagai Detian Falls, adalah air terjun terbesar di Vietnam tetapi bukan yang tertinggi. Air terjun 3 tingkat selebar 300 meter dan setinggi 30 meter. Air terjun ini berkongsi dengan negara China iaitu antara Trung Khanh District (Cao Bang Province, Vietnam) dan bukit batu kapur Daxin County (Guangxi, China). Air terjun ini disaliri (berpunca) dari saliran sungai Quay Son (China: Guichun River), yang juga menjadi penanda sempadan antara ke dua negara. Pemandangan air terjun ini memang menakjubkan, tercatat antara air terjun tercantik di dunia dan dinobatkan sebagai “4th Largest Waterfall Along A National Border”, selepas Victoria Falls (Zambia/Zimbabwe), Iguazu Falls (Argentina/Brazil) dan Niagara Falls (Kanada/US).
Dari homestay, kami menaiki motosikal ke gerai yang kami singgah semasa tiba dari Cao Bang. Menuruni slop dan meletak motosikal di tempatnya (parking VND20,000). Kemudian membeli tiket masuk di kaunter (VND40,000). Kami sengaja tidak mengikuti laluan pejalan kaki tetapi merentas sawah padi berteres untuk ke air terjun ini. Kami mengambil gambar dahulu di sisi kiri air terjun atau thác phụ (subordinate waterfall). Tidak ramai pengunjung berada disini. Air terjun ini sedikit terpisah dari sungai (air terjun besar) namun sini pun cantik bangat ….
Selepas itu baru kami meniti jambatan kayu ke sebuah pulau kecil untuk menyaksikan kehebatan air terjun besar ini. Aku bercadang untuk mendaki ke atas air terjun ini namun dipasang pagar dan larangan untuk memanjat. Aku cuba hampiri sedekat mungkin dan berada berdekatan lokasi penduduk memancing.
Bagi mendapat pandangan lebih hampir, kami menaiki rakit buluh (caj VND50,000 sorang) dimana pemandunya akan membawa sdekat mungkin hingga merasai tempias airnya dan membawa ke seberang/sempadan China namun kami tidak turun. Untuk makluman terdapat juga operator bot buluh dari China dan jika bot China menghampiri kawasan Vietnam, akan ada penduduk menghampiri mereka dengan bot sambil menjual barangan kepada pelancong China (mungkin barang seludup kot)
Layan Gambar Bản Giốc Waterfall
Lalui titi untuk masuk ke kawasan air terjun
Sisi kiri air terjun adalah milik Vietnam sepenuhnya
Bersama wanita yang berpakaian tradisional Vietnam
Titi kayu untuk ke pulau berhampiran air terjun
Batu sempadan milik Vietnam
di belakangku adalah air terjun yang dikongsi besama antara Vietnam dan China. Kami menaiki bot untuk merasai dan menikmati air terjun dengan lebih dekat.
Jeti disebelah China. Ada perkhidmatan bot buluh juga disebalah sini
BERSAMBUNG …
Pautan Kembara Berkaitan
01. Hanoi : Prawacana
02. Hanoi : Day 01 - Santapan Rohani & Jasmani
03. Hanoi : Day 01 - Seni Mural Di Kota Hanoi
04. Hanoi : Day 01 - Discover Hanoi's Train Street
05. Hanoi : Day 01 - Danau Di Tengah Kota
06. Hanoi : Day 01 - ‘Sleeper Bus’ Ke Cao Bang
07. Hanoi : Day 02 - Berlindung Dari Kesejukan
08. Hanoi : Day 02 - Pesona Air Terjun Hebat di Asia
09. Hanoi : Day 02 - Pagoda di Puncak
10. Hanoi : Day 02 - Gua Indah Khazanah Alam
11. Hanoi : Day 02 - Khuổi Ky Stone Village
08. Hanoi : Day 02 - Hikayat Batu Sempadan
09. Hanoi : Day 03 - Menghala Ke Ninh Bình, Bermula Di Cao Bằng
10. Hanoi : Day 04 - Pagoda dan Naga di Puncak
11. Hanoi : Day 04 - Tràng An: Land Of King Kong
12. Hanoi : Day 06 & 07 – Cruise di Halong Bay
cantiknya tempat ni!
ReplyDelete