Tarikh : 09 Mac 2019
Misi : Day 02: Berbackpacker ke Vietnam Utara
Tempoh : 7H6M
Lokasi : Khuổi Ky Stone village, Đàm Thuỷ, Trùng Khánh, Vietnam
Coordinate: N22.85394° E106.70124°
Google Maps: https://goo.gl/maps/UCnUHM8kRqm
Tidak jauh dari Ngườm Ngao Cave (1.1 km) terdapat sebuah perkampungan iaitu Khuổi Ky yang unik dan dikenali sebagai Stone Village. Penduduk kampung ini adalah etnik Tay, yang merupakan suku kedua terbesar di Vietnam. Mereka bertebaran di beberapa kawasan utara yang bersempadanan dengan China dan sudah ratusan tahun hidup di kawasan ini. Suku ini sangat berjasa kepada perjuangan Vietnam menentang anasir luar bahkan mereka mempunyai seorang Jenderal bernama Than Canh Phuc yang pernah mengetuai askar dalam peperangan menentang dinasti Tong dari China.
Mempercayai bahawa batu adalah sumber kehidupan dan merupakan pusat alam (center of the universe). maka mereka adalah penyembah ‘batu’ sejak beberapa generasi lagi. Sehingga kini mereka masih mengamalkan dan mempercayai akan ‘Stone God’. Mereka percaya mereka dilahirkan dari batu dan akan kembali menjadi batu.
Berdasar kepada kepercayaan dan pemujaan mereka kepada ‘mother nature’, maka kebanyakan rumah suku Tay ini dibina dari susunan batu yang melambangkan ketahanan dan kesederhanaan. Selain itu jalan, bangunan, empang (dam), mills, sebahagian pagar, tunku dan relau dibina dari ketulan batu.
Di kampung ini terdapat 14 rumah batu yang dibina mengadap Khuổi Ky river. Penduduknya saling mengambil berat sesama mereka. Sebahagian rumah di sini dijadikan homestay.
Kami singgah ke sini dalam perjalanan balik dari Ngườm Ngao cave yang tearletak ± 1.1 km sahaja. Ia terletak disebelah kiri jalan menuju je Bản Giốc waterfall (± 2.7km). Kami memasuki perkampungan ini dengan melintas sungai dengan titi berbumbung. Mengikuti jalan yang dibuat dari batu dan meninjau beberapa buah rumah disini. Agak sunyi, mungkin ia bukan musim dimana pelancong ramai yang bertandang.
Suku ini juga sangat kaya dengan budaya, oleh itu pihak Kerajaan (Kementerian Kebudayaan kot) telah mengiktiraf Khuổi Ky sebagai Kampung Budaya Tradisional Etnik Minoriti.
Sebelum itu ….. Berdekatan Ngườm Ngao Cave aku melihat ramai orang menjual buah berangan (chest nut) yang digoreng, rupanya baru aku tahu bahawa buah berangan dari daerah Cao Bằng adalah yang terbaik. Katanya buah dari sini sangat sedap dan rasanya manisnya mungkin kerana keadaan topografinya yang berbukit menyebabkan pokok berangan subur di daerah ini.
Rumah penduduk kampung yang dijadikan sebagai homestay. Binaannya yang menggunakan batu dan kayu
BERSAMBUNG …
Pautan Kembara Berkaitan
01. Hanoi : Prawacana
02. Hanoi : Day 01 - Santapan Rohani & Jasmani
03. Hanoi : Day 01 - Seni Mural Di Kota Hanoi
04. Hanoi : Day 01 - Discover Hanoi's Train Street
05. Hanoi : Day 01 - Danau Di Tengah Kota
06. Hanoi : Day 01 - ‘Sleeper Bus’ Ke Cao Bang
07. Hanoi : Day 02 - Berlindung Dari Kesejukan
08. Hanoi : Day 02 - Pesona Air Terjun Hebat di Asia
09. Hanoi : Day 02 - Pagoda di Puncak
10. Hanoi : Day 02 - Gua Indah Khazanah Alam
11. Hanoi : Day 02 - Khuổi Ky Stone Village
08. Hanoi : Day 02 - Hikayat Batu Sempadan
09. Hanoi : Day 03 - Menghala Ke Ninh Bình, Bermula Di Cao Bằng
10. Hanoi : Day 04 - Pagoda dan Naga di Puncak
11. Hanoi : Day 04 - Tràng An: Land Of King Kong
12. Hanoi : Day 06 & 07 – Cruise di Halong Bay
No comments:
Post a Comment