The magical hills around the village of Bản Giốc
Tarikh : 09 Mac 2019
Misi : Day 02: Berbackpacker ke Vietnam Utara
Tempoh : 7H6M
Lokasi : Mr. Điệp’s Homestay, Lung Neac, Trùng Khánh, Cao Bang, Vietnam.
Jarak :
Coordinate: N22.84898° E106.72066°
Google Maps:
Air terjun Ban gioc dari gerai
Bas berhenti betul-betul digerbang masuk ke Air terjun (berdekatan sini ada stesyen bas ke Cao Bang dimana perjalanan setiap 1 jam). Hujan renyai masih belum berhenti dan kami turun dan terus mencari perlindungan di sebuah gerai berdekatan (masih belum buka). Suhu dingin sekali (± 12°C) dan dari gerai tampak air terjun Ban Gioc yang hebat. Aku kebuntuan dan seperti tidak tahu apa yang hendak dilakukan. Aku diam ‘seketika’, sambil cuba untuk mencari ‘signal’ internet yang lemah. Tidak jauh dari gerai ini ada sebuah hotel/resort iaitu Saigon - Ban Gioc Resort. Kami letak bag dan berjalan ke sana untuk melihat dan bertanya harga dan mendapati ia adalah resort yang agak mewah (4 bintang oooo…). Walau kami tidak berminat (mahai la) aku minta kebenaran untuk menggunakan wifi bagi mencari homestay berdekatan. Kebanyakan homestay terletak dalam lingkungan 1 – 5 km dari air terjun ini. Kami balik semula ke gerai tadi dan dapati pemiliknya sedang bersiap membuka gerainya. Kami bertanya penginapan berdekatan dan terus beliau menawarkan homestay saudaranya yang terletak tidak jauh dari sini. Harga homestay ialah VND100,000 seorang dan terus kami bersetuju. Beliau menghubungi saudaranya untuk datang mengambil kami. Setelah menunggu ±20 minit saudaranya datang dengan motor dan terus menegur kami dalam bahasa melayu … (alhamdulillah betapa bertuahnya kami – dah la susah nak berkomunikasi di sini). Beliau membawa kami ke rumahnya dengan motosikal yang terletak ± 1 km sahaja.
Bersama Diep yang pernah bekerja di Penang selama 5 tahun
Mr. Diep Homestay namanya dan dipunyai bersama oleh Mr. Diep dan isterinya. Ia terletak di perkampungan yang dikelilingi oleh sawah padi dan pemandangan bukit yang cantik. Ia adalah rumah tradisional yang dibaik pulih untuk dijadikan sebagai homestay. Ruang bawah menjadi kediaman pemiliknya manakala ruang atas dijadikan sebagai homestay. Ruang atasnya berkeluasan ± 20’ x 30’ dan mempunyai 3 bilik (untuk kelamin). Ia mempunyai kelengkapan asas (ala backpacker) seperti tilam, bantal, selimut, kelambu, soket letrik dan lampu. Tandas, shower dan water heater juga tersedia. Di hadapan rumahnya terdapat balkoni dimana pengunjung boleh berehat sambil menikmati pemandangan. Sarapan dan makanan juga disediakan atas permintaan. Kami hanya meminta nasi kosong untuk dimakan bersama dengan bekalan.
Kami diberikan bilik kelamin yang tersedia tilam bersaiz queen. Selepas meletak barang, kami tidur seketika untuk mengembalikan tenaga kerana keletihan dan kesejukkan.
Di hadapan perkampungan Diep
Jam 12.00 tgh baru bangun dari tidur lalu membersihkan diri dan meminta Diep mencari motosikal untuk disewa. Sewaan motosikal ialah sebanyak VND200,000 sehari.
Rumah 2 tingkat yang dijadikan sebagai homestay
View yang menarik dihadapan homestay ini. Sawah padi berteres ditanam dengan jagung. Selepas 3 bulan baru padi ditanam di sini.
Bersambung ……
Pautan Kembara Berkaitan
01. Hanoi : Prawacana
02. Hanoi : Day 01 - Santapan Rohani & Jasmani
03. Hanoi : Day 01 - Seni Mural Di Kota Hanoi
04. Hanoi : Day 01 - Discover Hanoi's Train Street
05. Hanoi : Day 01 - Danau Di Tengah Kota
06. Hanoi : Day 01 - ‘Sleeper Bus’ Ke Cao Bang
07. Hanoi : Day 02 - Berlindung Dari Kesejukan
08. Hanoi : Day 02 - Pesona Air Terjun Hebat di Asia
09. Hanoi : Day 02 - Pagoda di Puncak
10. Hanoi : Day 02 - Gua Indah Khazanah Alam
11. Hanoi : Day 02 - Khuổi Ky Stone Village
08. Hanoi : Day 02 - Hikayat Batu Sempadan
09. Hanoi : Day 03 - Menghala Ke Ninh Bình, Bermula Di Cao Bằng
10. Hanoi : Day 04 - Pagoda dan Naga di Puncak
11. Hanoi : Day 04 - Tràng An: Land Of King Kong
12. Hanoi : Day 06 & 07 – Cruise di Halong Bay
No comments:
Post a Comment