Saturday, April 06, 2019

Kembara Hanoi: Day 01 – ‘Sleeper Bus’ Ke Cao Bang

Bersambung …

Tarikh       : 08 Mac 2019
Misi          :  Day 01: Berbackpacker ke Vietnam Utara
Tempoh    :  7H6M
Lokasi       :  Bến xe Mỹ Đình, Hanoi, Vietnam.

Jarak        : 
Coordinate:
   N21.02837° E105.77899° 
Google Maps: https://goo.gl/maps/k73Xto2ZWp82

Selepas ronda kota Hanoi, kamipun kembali ke masjid dan mengambil beg. Tidak lupa untuk mengucapkan Terima Kasih kepada imam dan pekerja masjid. Kami mengambil teksi bermeter (jam ± 4:30 pm) dari masjid ke stesyen bas Mỹ Đình yang terletak ± 10km ke barat masjid, perjalanan mengambil masa ±25 minit dan tambang dikenakan ialah sebanyak VND150,000 (± RM26.00).

Di hadapan stesyen bas Bến xe Mỹ Đình

Di stesyen ini aku terus mencari kaunter bas ke Cao Bang dan membeli tiket Sleeper Bus untuk 2 orang (VND200,000 x 2). Jarak dari sini ke Cao Bang adalah sejauh ± 290km. Bas kami perjalanannya ialah pada jam 6:30 pm dan mengambil masa ± 10 jam (dijangka tiba pada jam 5:00 pagi). Pekerja kauntar sangat membantu dan beliau tolong tulis maklumat seperti no. pendaftaran dan no petak bagi memudahkan pencarian bas sambil memaklum yang bas akan berada di tempatnya pada jam 5:30pm.

Untuk makluman Sleeper bus adalah bas yang menyediakan tempat tidur berbaring dan boleh memuat seramai ± 40 penumpang. Selimut dan air mineral disediakan (ada sesetengah bas menyediakan perkhidmatan wifi). Sleeper bus tidak ada no. seat, jadi kita perlu awal menaikinya untuk mengambil tempat yang strategik.

Pemandangan dalam Sleeper Bus dan kedudukan tempat tidur

Setelah cukup masanya kamipun mencari bas dan memaklum kepada petugas untuk meletak bag di kebuk bas (kami diberi tag untuk bag kami sebagai pengenalan). Disini kami sudah sukar untuk berkomunikasi, mereka tidak memahami bahasa inggeris dan aku terpaksa berkomunikasi dengan bahasa isyarat. Kami menaiki bas dan memilih tempat dibelakang sekali. Bas ini menyediakan katil 2 tingkat dengan 3 barisan. Tempat duduk belakang boleh memuat 5 orang (hmm.. jenuh berimpit). Bagi kami yang berbadan kecil ni OK ja.

Sebelum bas bertolak, tiba-tiba pemandu bas menghampiri dan menyapa kami dalam Bahasa Melayu sambil menghulur air mineral. Beliau bertanya ke mana kami hendak pergi dan sempat berbual seketika dan beliau memaklumkan bahawa pernah bekerja di Johor selama 5 tahun dan setelah berkahwin beliau tidak lagi bekerja di Malaysia.

Sepanjang perjalan, bas akan berhenti di beberapa tempat. Kami cuma makan bekalan yang kami ‘tapau’ dari Restoran Zaynab disamping memakan buah-buahan yang dibeli. Tandas disepanjang perjalanan .. alamak! Bertabahlah ... sediakan botol air dan sesuatu untuk beristinjak, tapi … ada juga tandas yang sempurna.

Bas kami tidak laju pemanduannya dan sepanjang perjalanan aku dapat melelap mata (biasanya kalau atas kenderaan/dalam perjalanan aku sukar untuk lena - mungkin keletihan meronda Hanoi tadi). Setelah hampir 10 jam perjalanan kami pun tiba ke stesyen bas Cao Bang (N22.68039° E106.20195°) pada jam 5:00 pagi. Turun dari bas, hujan renyai turun dan kami kedinginan sekali. Setelah mengambil bag, kami di datangi oleh pemandu teksi dan motor bertanya (dalam bahasa Vietnam) hendak ke mana (sukar nak berkomunikasi). Nasib baik pemandu bas tadi membantu membawa kami ke sebuah bas dan meminta kami naik bas tersebut. Bas ini akan bertolak ke destinasi pada jam 6:00 pagi. Pemandu sedang menghisap rokok (Penduduk di sini kuat merokok) sambil menanti masa dan penumpang memenuhi bas tersebut.

Local bus yang membawa kami ke Ban Gioc (bas henti-henti – 2 jam gak berimpit dalam bas)

Cukup masa, bas yang padat dengan penumpang mula bergerak dan mengambil lagi penumpang di pertengahan jalan. Aku menyangka bas ini akan ke pekan Cao Bang yang terletak sejauh ±8km sahaja dari sini. Perancangan asal kami akan walk-in ke hotel di Cao Bang dan sewa motor untuk ke Ban Gioc. Namun atas bas aku terlelap dan terasa perjalanan sangat jauh. Aku semak map dari garminku …hmm nampak macam perjalanan menghala ke utara. Nak tanya penumpang lain mereka tak paham dan internetku pula bermasalah. NAMUN apabila aku terpandang sign board Ban Gioc, terasa lega … sampai sana nanti, akan aku atur semula perjalanan kami.

Ma Phuc Pass - Pemandangan indah dari bas sebelum tiba ke Ban Gioc

Perjalanan sejauh ± 90 km yang memakan masa ± 2 jam. Pemandangan sepanjang perjalalanan memang cantik kerana persekitaran di kelilingi oleh bukit bukau yang menarik namun hujan turun sepanjang perjalanan dan suhu sangat dingin ± 11°C. Ya … itinerari kami berubah namun, ada RahsiaNya atas semua ini. Sebelum turun pekerja akan meminta duit tambang dan kami dikenakan sebanyak VND70,000 seorang.

Teruja! … turun dari bas , nampak kehebatan air terjun ni

… bersambung


Pautan Kembara Berkaitan

01. Hanoi : Prawacana
02. Hanoi : Day 01 - Santapan Rohani & Jasmani
03. Hanoi : Day 01 - Seni Mural Di Kota Hanoi
04. Hanoi : Day 01 - Discover Hanoi's Train Street     
05. Hanoi : Day 01 - Danau Di Tengah Kota    
06. Hanoi : Day 01 - ‘Sleeper Bus’ Ke Cao Bang
07. Hanoi : Day 02 - Berlindung Dari Kesejukan 
08. Hanoi : Day 02 - Pesona Air Terjun Hebat di Asia    
09. Hanoi : Day 02 - Pagoda di Puncak 
10. Hanoi : Day 02 - Gua Indah Khazanah Alam    
11. Hanoi : Day 02 - Khuổi Ky Stone Village 
08. Hanoi : Day 02 - Hikayat Batu Sempadan
09. Hanoi : Day 03 - Menghala Ke Ninh Bình, Bermula Di Cao Bằng
10. Hanoi : Day 04 -  Pagoda dan Naga di Puncak
11. Hanoi : Day 04 -  Tràng An: Land Of King Kong
12. Hanoi : Day 06 & 07 – Cruise di Halong Bay

No comments:

Post a Comment