Sunday, March 24, 2019

Kembara Hanoi: Day 01 - Santapan Rohani & Jasmani

Tarikh       : 08 Mac 2019
Misi          :  Berbackpacker ke Vietnam Utara
Tempoh    :  7H6M
Lokasi       :  Hanoi, Vietnam Utara.    
Coordinate:
Maps Link  :

Up gambar proses pembinaan stesyen keretapi Anak Bukit untuk ingatan

Kami bertolak dari Anak Bukit dengan menaiki komuter(RM7.20) ke Butterworth pada jam 5.00 petang (07/03/2019). Kemudian menaiki feri dan mengambil perkhidmatan bas Rapid Penang(RM2.70) ke Lapangan Terbang Bayan Lepas. Malamnya kami mencari sudut yang sesuai untuk tidur bermalam di situ. Pagi esoknya selepas bersiap kami menaiki pesawat Air Asia AK618 dan berlepas ke Hanoi pada jam 6:20 pagi.

Kami selamat mendarat di lapangan terbang Antarabangsa Noi Bai pada jam 8:20 pagi (waktu Vietnam). Suhu sekitar 16°C tetapi berjerubu. Usai pemeriksaan imigresen, kami keluar dari pintu terminal dari bertanyakan kepada polis dimana perkhidmatan bas untuk ke Hanoi, lalu ditunjuk ke lokasi yang tidak jauh dari situ. Kami mendapatkan bas yang telah sedia menanti, terpaksa menunggu hampir ½ jam sebelum bas mula bergerak. Tambang bas ialah VND 40,000.00 seorang, bas yang tersedia perkhidmatan wifi (laju ooo). Peluang diguna untuk aku update facebook disamping melapor ketibaan kami kepada Kedutaan Malaysia di sini. Setelah ± 45 minit, kami pun tiba di Old Quatter. Turun dari bas, lantas kami mencari kedai telefon untuk membeli SIM card bagi mengesan lokasi masjid An Noor. Berdasar Google Maps di dapati masjid ini terletak ± 700 meter dari lokasi kami.

Untuk makluman, masjid An Noor atau dikenali sebagai Masjid Hanoi adalah satu-satunya masjid di Kota Hanoi. Masjid ini menjadi pusat syiar Islam di Hanoi. Ia dibuka oleh pedagang India muslim sekitar 1890. Berkeluasan 400 m per dengan senibina ala India dan kolonial.

Aku sempat solat jumaat disini bersama jemaah yang terdiri dari penduduk tempatan, expatriate, peniaga sekitar dan pelancong.

Terletak di dalam kawasan Old Quatter atau lokasi tepatnya di:-

12 Hàng Lược, Hàng Mã, Hoàn Kiếm, Hà Nội, Vietnam

+84 93 622 07 68

Google Maps Link : https://goo.gl/maps/CZPAfv8v5fH2

Sebelum itu kami singgah ke sebuah restoran bersebelahan dengan masjid ini iaitu Zaynab Restaurant untuk menikmati makan tengahari. Ia adalah antara beberapa pilihan restoran halal di kota Hanoi. Kelebihannya adalah ia terletak bersebelahan masjid, jadi memudahkan urusan rohani dan jasmani diselesaikan. Restoran ini kalau dari luar memang kita tak perasan punya, ia hadapannya dijadikan parkir motor dan restorannya berada di Bahagian dalam. Ia adalah perniagaan keluarga dan makanannya adalah halal (di sahkan oleh Halal Certification Agency of Vietnam iaitu sebuah agensi yang melakukan akreditasi halal di Vietnam). Harganya berpatutan dan rasanya boleh tahan sedap … Kami juga tapau nasi bungkus untuk perjalanan malam kami nanti.

Google Maps Link :  https://goo.gl/maps/pMTXm2bxeRN2

Dihadapan pintu masuk Restoran dan gambar bersama anak lelaki tuan punya restoran. Restoran ini diusahakan secara famili

Antara menu yang sesuai untuk ‘tapau’

Selepas solat jumaat, aku menemui imam sembahyang tadi (lupa dah nama) yang kebetulan boleh bertutur bahasa Melayu (beliau pernah belajar di Kolej Universiti INSANIAH (KUIN) dan grad dalam tahun 2013) lalu meminta kebenaran untuk meletak bag kami di masjid. Selepas itu kami ronda sekitar Hanoi.

Layan Gambar …di Noi Bai airport, pekan Hanoi dan masjid An Noor

Van dan Bas yang menunggu pelancong. Tambang VND40,000 seorang. Bas/van dilengkapi dengan WIFI percuma. Van/Bas akan melalui old quatter.

Perkhidmatan Grab motor amat popular di HANOI. Cepat, mudah dan murah

Berjalan di kota Hanoi

Di hadapan pintu masjid. Persiapan sedang dilakukan untuk solat Jumaat. Kelihatan karpet dibentangkan hingga ke kaki limanya

Perakuan Sijil Halal yang dikeluarkan oleh IHIA (Halal Vietnam) macam JAKIM gak. Hmmm… tapi dah luput tu, yang baru masih belum diterima lagi kot


Pautan Kembara Berkaitan

01. Hanoi : Prawacana
02. Hanoi : Day 01 - Santapan Rohani & Jasmani
03. Hanoi : Day 01 - Seni Mural Di Kota Hanoi
04. Hanoi : Day 01 - Discover Hanoi's Train Street     
05. Hanoi : Day 01 - Danau Di Tengah Kota    
06. Hanoi : Day 01 - ‘Sleeper Bus’ Ke Cao Bang
07. Hanoi : Day 02 - Berlindung Dari Kesejukan 
08. Hanoi : Day 02 - Pesona Air Terjun Hebat di Asia    
09. Hanoi : Day 02 - Pagoda di Puncak 
10. Hanoi : Day 02 - Gua Indah Khazanah Alam    
11. Hanoi : Day 02 - Khuổi Ky Stone Village 
08. Hanoi : Day 02 - Hikayat Batu Sempadan
09. Hanoi : Day 03 - Menghala Ke Ninh Bình, Bermula Di Cao Bằng
10. Hanoi : Day 04 -  Pagoda dan Naga di Puncak
11. Hanoi : Day 04 -  Tràng An: Land Of King Kong
12. Hanoi : Day 06 & 07 – Cruise di Halong Bay

No comments:

Post a Comment