Saturday, March 30, 2019

Kembara Hanoi: Day 01 - Discover Hanoi's Train Street

Tarikh       : 08 Mac 2019
Misi          :  Day 01: Berbackpacker ke Vietnam Utara
Tempoh    :  7H6M
Lokasi       :  Trần Phú, Hàng Bông, Hoàn Kiếm, Hanoi, Vietnam
Jarak        : 
Coordinate:
Maps Link  : https://goo.gl/maps/En649Y4sBGS2 

BERSAMBUNG ….

Di himpit oleh bangunan yang tinggi dan sempit, aktiviti harian penduduk dijalankan. Kelihatan wanita membasuh baju, memasak makanan, menternak ayam, kanak-kanak meloncat bermain dan pelbagai aroma yang bercampur baur antara asap dan bau makanan.

Namun dalam beberapa minit, aktiviti sibuk penduduk berubah bagai menjadi bandar hantu yang menakutkan. Semua kedai ditutup tanpa amaran dan penduduk hilang ke dalam rumah masing-masing. Goncangan pada kaki terasa dan bunyi dencitan rel dan gegaran besi kedengaran maka tidak lama kemudian lalulah keretapi melewati bangunan dengan hanya memberi ruang beberapa inci. Para pejalan kaki yang tertinggal terpaksa menekap diri ke dinding. Apabila kelibat keretapi mulai menghilang, bunyi decitan rel semakin perlahan, tiba-tiba kanak-kanak kembali keluar bermain ke tengah landasan, melompat ke sana ke mari dan penduduk muncul  meneruskan kegiatan harian mereka seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Peristiwa ini hanya berlaku 2 kali dalam sehari iaitu pada jam 3:15 pm dan 7:30 pm dan ia adalah antara keunikan di kota Hanoi yang mesti di rasai. Ia terletak ± 1.2 km ke Selatan dari Masjid An Noor atau 20 minit masa berjalan kaki.

Kami ke sini untuk merasai suasana sebegini dan bergegas untuk sampai sebelum jam 3:00 petang. Menelusuri sepanjang landasan dari kawasan tumpuan pelancong yang kelihatan penuh dengan Café dan gerai souvenier di kiri kanan landasan. Langsung menyeberangi jalan raya ke kawasan penduduk. Setelah menunggu lama, kelibat keretapi tidak kelihatan lastas aku bertanya kepada penduduk dan dimaklumkan bahawa keretapi hari ini akan lalu pada jam 7:00 petang. Halamak …hampanya, nak tunggu pun tak boleh kerana kami perlu menaiki bas pada jam 6:30 petang untuk ke destinasi berikutnya.

Walau tak berpeluang melihat keretapi lalu namun merasai suasana kehidupan harian penduduk sudah membuat aku gembira dan tertanya … Mana satu dahulu dibina, rumah penduduk atau landasan ???


Pautan Kembara Berkaitan

01. Hanoi : Prawacana
02. Hanoi : Day 01 - Santapan Rohani & Jasmani
03. Hanoi : Day 01 - Seni Mural Di Kota Hanoi
04. Hanoi : Day 01 - Discover Hanoi's Train Street     
05. Hanoi : Day 01 - Danau Di Tengah Kota    
06. Hanoi : Day 01 - ‘Sleeper Bus’ Ke Cao Bang
07. Hanoi : Day 02 - Berlindung Dari Kesejukan 
08. Hanoi : Day 02 - Pesona Air Terjun Hebat di Asia    
09. Hanoi : Day 02 - Pagoda di Puncak 
10. Hanoi : Day 02 - Gua Indah Khazanah Alam    
11. Hanoi : Day 02 - Khuổi Ky Stone Village 
08. Hanoi : Day 02 - Hikayat Batu Sempadan
09. Hanoi : Day 03 - Menghala Ke Ninh Bình, Bermula Di Cao Bằng
10. Hanoi : Day 04 -  Pagoda dan Naga di Puncak
11. Hanoi : Day 04 -  Tràng An: Land Of King Kong
12. Hanoi : Day 06 & 07 – Cruise di Halong Bay

No comments:

Post a Comment