Kembara Hanoi: Day 04 - Tràng An: Land Of King Kong
... BERSAMBUNG
Tarikh : 11 Mac 2019 Misi : Day 04: Berbackpacker ke Vietnam Utara Tempoh : 7H6M Lokasi : Tràng An Ecotourism, Ninh Bình, Vietnam Coordinate:N20.25304° E105.91818° Google Maps:https://goo.gl/maps/BeN8HpSSkyiPscyq5
Di atas jambatan ke Trang An Ecotourism complex untuk menaiki bot mengelilingi kawasan ini
Tràng An menjadi tarikan pelancong kerana kehebatan bentuk rupabuminya yang hebat. Dengan gunung ganangnya yang berceragah, lembah dan sistem sungai yang bersambungan lmembuat ia menjadi unik. Di Tràng Anh dikatakan terdapat 31 tasik dan lagoon yang bersambungan dengan 48 buah gua. Dengan batuan tua jutaan tahun dan fenomena alam yang unik lagi luar biasa dengan ciri-ciri geomorfik atau fisiografi, maka ia telah diistiharkan oleh UNESCO sebagai ‘A World Cultural and Natural Heritage Site’ pada 23 Jun 2014 .
Pengalaman kami disini bermula selepas turun dari Hang Mua. Kami ambil motosikal dari tempat parkir dan menghala ke utara sejauh ± 4km untuk ke Tràng An. Lokasi ini mudah dicari kerana ia terletak berhampiran jalan utama.
Selepas parkir motosikal ditempatnya dan membeli tiket masuk ke Tràng An Ecotourism Complex yang berharga VND200,000 seorang. Kompleks ini luas dan mempunyai kemudahan asas yang lengkap seperti restoran, kedai jualan dan lain-lain lagi. KAmi menuju ke tempat permulaan bot. Ada puluhan bot menanti pelancong dan setiap bot boileh membawa 4 orang sahaja (max 5). KAmi berkongsi bot dengan seorang pelancong dari US. Terdapat 3 route yang disediakan meliputi pengembaraan menelusuri gua, mengunjungi pulau yang mengandungi tempat-tempat spiritual dan lain-lagi. Pastinya kami memilih route No. 2 yang mengandungi pakej ke Dao island atau Kong Island.
Perjalanan keseluruhan route ini mengambil masa ± 2.5 jam dan kami dibawa dengan menggunakan sampan menelusuri sungai. Kebanyakan pendayung sampan majoritinya adalah wanita. Wahh .. kuat kudrat mereka berkayuh. Akupun tak mampu untuk mengayuh sejauh ini setelah mencuba beberapa kali.
Keindahan alam di sini memang menakjubkan. Ia memberi pengalaman yang sukar diungkapkan dengan kata-kata. Sepanjang perjalanan , terpukau aku dengan keindahan alam ciptaan tuhan. Bukan sekadar cantik, unik bahkan penuh misteri….. Maka tidak hairanlah lokasi ini dijadikan sebagai salah satu tempat untuk penggambaran filem blockbuster King Kong: Skull Island pada tahun 2017.
Selain menelusuri sungai dan memasuki gua tembus (panjang antara 150 - 350 meter), kami juga singgah di pulau yang terdapat kuil dan singgahan terakhir adalah paling menarik. Kami menjejak kaki ke pulau menjadi set pengambaran filem King Kong. Kami memasuki perkampungan Orang Asli yang menjadi latar filem. Terdapat ± 10 buah ‘rumah’ orang asli yang didirikan. Menariknya, taerdapat penduduk kampung yang lengkap berpakaian seperti di dalam set pengambaran filem dengan senjata dan peralatan menyambut kehadiran pengunjung.
Jeti bot untuk ke Tam Cốc
Selepas keluar dari Tràng An, kami menuju ke Tam Cốc yang terletak ± 7km dari sini . Tam Cốc bermaksud 3 gua. Ia adalah perjalanan menelusuri Ngô Đồng River yang melewati kawasan sawah padi dan memasuki gua Hang Cả, Hang Hai dan Hang Ba (yang menjadi antara tarikan di sini). Namun kami tidak sempat menaiki bot kerana kesuntukan masa, lagipun pemandangan disini sudah disaksikan dari puncak Hang Mua. Selepas itu kami singgah di kampung tradisional yang dijadikan sebagai sebuah penginapan, iaitu Cố Viên Lầu (hotel).
Co Vien Lau adalah antara Vietnamese Ancient Village dan ia dijadikan sebagai hotel
Pengusaha hotel ini sangat teruja dengan barangan antik, beliau telah mengumpul serbanyak 22 rumah disekitar Vietnam utara dan dibina semula di sini. Koleksi rumah-rumah lama ini ada yang berusia 400 tahun dan yang terbaru berusia 90 tahun. Rumah-rumah ini kebanyakannya diperbuat daripada kayu berharga dengan corak/ukiran yang halus dan artistik …Wow . Pihak berkuasa pelancongan Ninh Bin telah memasukan perkampungan ini sebagai salah satu kawasan pelancongan (Tam Coc - Bich Dong tourist area)
“Halong Bay On Earth” –begitulah gelaran di beri kepada Ninh Bin kerana keunikan mukabuminya
Aku juga baru tahu bahawa Ninh Bin popular dengan daging kambingnya. Katanya daging kambing disini sedap kerana kambing disini tinggal dan berkeliaran di kawasan bukit dan hanya memakan rumput dan tumbuhan bukit yang menjadikan dagingnya lazat dan berkhasiat. Patutlah disepanjang jalan (berdekatan Tràng An) kami saksikan banyak peniaga menjual kambing panggang. Tapi apakan daya kehalalan membataskan niat.
Layan Gambar di Tràng An dan sekitar Ninh Bình
ROUTE 2: Bermula di Central Boat – Thamh Cao Son Temple – VAng cave – Thanh Truot cave – Suoi Tien Temple – Dai cave – Hanh Cung Vu Lam Temple – KONG: SKULL ISLAND studio, native village – kembali ke Central boat (2.5 hrs)
Route ini kami menyusup 4 gua dan melawat 3 lokasi spiritual
Gua-gua yang panjang antaranya Gua Thanh Truot ("King’s Fall") sepanjang 320 meter. Gua ini dinama sedemikian kerana semasa King Dinh Tien Hoang melalui gua ini tiba-tiba dia telah terjatuh namun selamat ditemui. Vang Cave sepanjang 250 meter, dibeberapa tempat kami kena tunduk semasa menyusupnya
Rumah tradisional berdekatan Suoi Ten temple
Bukit ini ada dalam filem King Kong (ada cap tapak tangannya)
Suoi Tien Temple dibina semasa Dinh Dynasty (924-997) to worship Thanh Quy Minh Dai Vuong
perkampungan orang asli (dalam filem King Kong) yang dipelihara untuk tarikan pelancong. Kebanyakan rumah ini dibina dari buluh. Local products such as corn, onion, garlic ... are also used as props
Untuk bergambar free ja …
Nin Binh dipenuhi gunung ganangnya yang hebat bagaikan Halong Bay
No comments:
Post a Comment