Misi : Berbackpacker ke Vietnam Utara
Tempoh : 7H6M
Lokasi : Hanoi, Cao Bang, Ban Gioc, Ninh Binh, Halong Bay
Jarak : 1,400 km
Coordinate:
Maps Link :
LATAR SEJARAH
Vietnam adalah sebahagian dari negara ASEAN. Berkeluasan 332,698 km2 dan. Hanoi adalah ibukotanya dan adalah bandar kedua terbesar di Vietnam. Ia terletak di tebing Red River. Sebuah bandar yang bercampur antara pengaruh timur dan barat hasil dari penaklukan China dan Perancis. China yang menceroboh wilayahnya pada 1408, mereka bangkit kembali menawan semula pada 1428 dan Perancis menaklukinya dalam tahun 1873. Pihak Perancis menyumbangkan kemajuan dengan membangunkan sebuah kota pentadbiran yang moden. Selepas perang dunia kedua, pada 02 September 1945, Ho Chi Minh telah mengisytiharkan Vietnam sebagai sebuah negara republik dan seterusnya memutuskan Hanoi sebagai ibu negara Republik Demokratik Vietnam. Dari 1954 hingga 1976, ia adalah ibu kota Vietnam Utara, dan ia menjadi ibu negara Vietnam selepas kemenangan pihak Utara dalam Perang Vietnam (Penyatuan semula) dalam tahun 1976.
PERBEZAAN WAKTU
Vietnam kurang sejam dari waktu di Malaysia (UTC/GMT +7 hours)
SOKET ELEKTRIK
Di Vietnam, power plugs dan socket elektriknya adalah type A, C and D. Standard voltage 110 / 220 V dengan frekuansi 50 Hz.
MATAWANG & BAJET
Matawang Vietnam (VND) ialah Dong atau singkatan ₫. Kadar tukaran wang dengan RM pada waktu kami pergi ialah RM100 = ± ₫560,000.00.
Bajet kami selama 7 hari di Vietnam ialah sebanyak VND830,000 (± RM1,460.00), yang dibawa secara tunai dan USD300 sebagai ‘back-up’. Aku menggunakan apps Trabee Pocket untuk mengurus dan mengawal perbelanjaan kami disana.
VISA & MAKLUMAN KEPADA KEDUTAAN
Untuk pemegang passport Malaysia, Visa adalah dikecualikan sehingga 30 hari dan kemasukan ke Vietnam, tidak perlu mengisi sebarang borang sepertimana jika masuk ke negara lain.
Aku menghubungi pihak kedutaan Malaysia melalui email memaklumkan kehadiran kami ke Vietnam (mwhanoi@kln.gov.my). Aku setiasa memaklumkan kedudukkanku setiap hari semasa berada disana. Aku juga mendaftar di E-Konsular (KLIK).
Mereka membalas emailku sambil mengalukan kehadiran kami disamping memberi nasihat tentang makanan halal dan menjaga dokumen dengan selamat.
CADANGAN PERJALANAN (ITINERARI)
Dengan mempunyai kota yang purba, di mana pelancong berpeluang melihat bangunan tinggalan penjajah yang dipulihara dengan baik, budaya, kehidupan, alam semulajadi dan masyarakat membuat aku ingin mendekatinya maka banyak perkara perlu di ketahui dan persediaan dengan mencari beberapa maklumat sebelum ke sana.
Kami membawa 2 buah bag galas bersaiz 40l & 60l serta membawa bekalan dan peralatan makanan seperti rendang tok, sardin, maggie, ikan bilis, mess tin, 1l Multifunction Electric Cooking Pot with Rice Cooker dan portable stove.
Perjalanan kami ini dibuat secara ad-hoc. Ia di rancang setelah saudara Adi Harriman mencadangkan satu latihan ke Mount Fansifan (sebelum ke Mt Fuji) pada tarikh perjalanan ini. Aku terpaksa bergegas mendapatkan kelulusan Jabatan dan seterusnya menempah tiket air Asia dengan harga RM927.10 (2 orang + add-ons). Setelah tempahan dibuat sdr Adi Harriman memaklumkan bahawa mereka menangguhkan perjalanan lantaran bapanya yang dimasukan ke Hospital. Maka kami berdua meneruskan rancangan dan terpaksa merubah jadual dan lokasi tujuan. Aku mencari lokasi unik sepert air terjun terbesar di Asia Tenggara iaitu Ban Gioc, lokasi yang mendapat pengiktirafan UNESCO dan menjadi lokasi filem King Kong iaitu di Trang Anh, Tam Coc dan Halong Bay (The new 7 wonders of nature).
Berikut adalah cadangan & jadual perjalanan sebagai panduan kami di sana ….
Tarikh | Butir | Kos |
08/03/2019 | Penerbangan Air Asia dari Penang AK:618 Tiket: RM380 x 2 (Return) + add-ons meals + checked baggage 20 & 25 kg Travel Insurance | RM927.10 |
Tambang bas ke Old Quatter | ₫40,000.00 | |
An Noor Mosque (solat Jumaat) dan lunch di Zaynab Restoran | ||
My Dinh Bus Station : Bus to Cao Bang | ₫300,000.00 | |
09/03/2019 | Hotel di Cao Bang: walk in | |
Sewa Motor ke Ban Gioc | ₫200,000.00 | |
Ban Gioc waterfall entrance fee & parkir | ₫40,000.00 | |
11/03/2019 | Ninh Binh : Bamboo Homestay | ₫100,000.00 |
Sewa motosikal dan ronda sekitar | ₫200,000.00 | |
13/03/2019 | Hanoi | |
14 – 15/03/2019 | Cruise Halong Bay |
Dan pada petang 07 Mac 2019, maka kami memulakan langkah perjalanan ……
Pautan Kembara Berkaitan
01. Hanoi : Prawacana
02. Hanoi : Day 01 - Santapan Rohani & Jasmani
03. Hanoi : Day 01 - Seni Mural Di Kota Hanoi
04. Hanoi : Day 01 - Discover Hanoi's Train Street
05. Hanoi : Day 01 - Danau Di Tengah Kota
06. Hanoi : Day 01 - ‘Sleeper Bus’ Ke Cao Bang
07. Hanoi : Day 02 - Berlindung Dari Kesejukan
08. Hanoi : Day 02 - Pesona Air Terjun Hebat di Asia
09. Hanoi : Day 02 - Pagoda di Puncak
10. Hanoi : Day 02 - Gua Indah Khazanah Alam
11. Hanoi : Day 02 - Khuổi Ky Stone Village
08. Hanoi : Day 02 - Hikayat Batu Sempadan
09. Hanoi : Day 03 - Menghala Ke Ninh Bình, Bermula Di Cao Bằng
10. Hanoi : Day 04 - Pagoda dan Naga di Puncak
11. Hanoi : Day 04 - Tràng An: Land Of King Kong
12. Hanoi : Day 06 & 07 – Cruise di Halong Bay
No comments:
Post a Comment