Tarikh : 22 November 2018
Misi : Day 03 - Jelajah Betong Melalui Yala Menuju Patani
Tempoh : 4 hari (20 – 23 Nov 2018)
Lokasi : Yarang, Patani, Thailand
Jarak :
Coordinate: N6.76065° E101.30764°
Maps Link : https://goo.gl/maps/GsKMhmyiuD62
… Bersambung
Runtuhan Kota Kuno terletak di daerah Yarang,Patani (± 22 km dari bandar Patani). Dari Yala, kami mengikuti Highway 410. Dipekan Yarang, di persimpangan, belok ke kiri menelusuri route 4061 dan ± 1.6 km belok ke kiri mengikuti laluan berikutnya sejauh ±350 meter dan berjumpa komplek yang menempatkan runtuhan kota ini. Komplek ini terletak berhampiran jalan sahaja. Ia dikenali sebagai bandar purba Ban Cha Le.
Bandar Purba Yarang
Berdasarkan bukti dan catatan para pengembara dan pedagang dari Barat, China, Arab, India, Jawa yang pernah sampai ke Alam Melayu pada zaman lampau menyatakan bahawa kota Langkasuka adalah sebuah pelabuhan yang gemilang dan telah mewarisi satu budaya dan tamadun yang sangat tinggi nilainya. Kerajaan Langkasuka dipercayai didirikan pada hujung abad pertama dan berkembang pesat pada abad ke 6 dan ke 7 Masihi. Terdapat perbalahan sejarawan mengenai letaknya kerajaan Langkasuka. Namun satu teori yang lebih cenderung menyatakan ia terletak di Selatan Thailand iaitu Patani berdasarkan catatan China (catatan Liang Shu) di zaman Dinasti Lian (502-566). Catatan ini menyatakan bahawa kerajaan ‘Lang-Ya-Hsiu’ terletak di Laut China Selatan dan mempunyai daerah yang luas dimana wilayahnya terbentang dari hulu Perak sampai ke Patani, dari Teluk Banggala sampai ke Negeri Kedah.
Kota purba ini berbentuk bujur dan mengarah ke arah Utara – Selatan. Kota ini besar dan seluas ±9 km. Terdapat aliran air semujadi di kiri dan kanan kota dan menjadi sistem peparitan. Terdapat puluhan penemuan monument purba dan 2 pasak di sini.
Kami sampai ke sini ± dalam jam 10.00 pagi, runtuhan kota ditempatkan di dalam bangunan berbumbung yang terbuka. Terdapat beberapa maklumat di pamirkan disekeliling bangunan ini. Aku sempat bergambar di hadapan tinggalan kota ini dan apabila aku hendak bergerak ada pengkaji dari Universiti tempatan dan dari Malaysia mampir ke kompleks ini. Kami bergerak ke runtuhan ke 2 yang terletak bersebelahan dengan kompleks ini dan seterusnya ke runtuhan ke 3 yang terletak di seberang jalan dan sejauh ± 200 meter dari kompleks utama.
Sungai Muda Sebagai Laluan Perhubungan Utama
Berdasarkan kepada jumpaan inskripsi Sungai Mas di Kota Kuala Muda, Kedah, Malaysia yang dipercayai wujud sejak abad ke-5 Masihi, lembangan Sungai Muda sering menjadi tumpuan pedagang asing dari India dan China untuk berdagang dan mendapatkan bekalan sebelum meneruskan perjalanan ke kawasan lain. Berdasarkan data arkeologi, Sungai Mas menjadi pusat pemerintahan dan pelabuhan utama di lembah bujang
Sungai Muda adalah laluan trans-peninsula yang menghubungkan Kedah dengan Kelantan, Perak dan Selatan Thailand. Laluan ini dijadikan sebagai laluan utama untuk masyarakat berhubung dan berdagang dengan masyarakat luar. Jadi ada kemungkinan wujudnya hubungan perdagangan antara Kedah dengan kota purba Yarang. Ahh … biarlah pakar berbalah, mereka pasti akan terus mencungkil sejarah, mencari bukti untuk diketengah.
Di Tapak ke 2 – bersebelahan dengan Kompleks utama (± 100 meter)
Di Tapak ke 3 – diseberang jalan (± 200 meter dari kompleks utama)
di dalam runtuhan kota di tapak ke 3
Antara penemuan yang dijumpa/gali
Pautan Kembara Berkaitan
2. Betong Ke Patani: Air Terjun Tersorok
3. Betong Ke Patani: Jambatan Kayu Gantung
4. Betong Ke Patani: Iyeweng – Lautan Awan
5. Betong Ke Patani : Namtok Wong Mai
6. Betong Ke Patani : Namtok Chaloem Phra Kiat Ror 92.
7. Betong Ke Patani : Krasaeng Cave
8. Betong Ke Patani : Namtok Sukhtalai
9. Betong Ke Patani : Yala Street Art
10. Betong Ke Patani : Laksa Di Yala
11. Betong Ke Patani : Masjid & Ronda Pekan
12. Betong Ke Patani : Kota Purba Yarang
13. Betong Ke Patani : Istana Lama Raja Yamu
14. Betong Ke Patani : Makam Raja Islam Pertama
15. Betong Ke Patani : Patani Sky Walk
16. Betong Ke Patani : Namtok Sai Khao
17. Betong Ke Patani : Batu Berkepala Ular
No comments:
Post a Comment