Misi : Day 01- Jelajah Betong Melalui Yala Menuju Patani
Tempoh : 4 hari (20 – 23 Nov 2018)
Lokasi : Aiyoeweng, Betong District, Yala 95110, Thailand
Jarak :
Coordinate: N5.93788° E101.18734°
Maps Link : https://goo.gl/maps/55SdXq2VLpD2
.. Bersambung
Dari Chulabhorn Pattana 10th, kami menelusuri laluan pendalaman sejauh ± 12 km sehingga berjumpa highway 410 dan belok ke kanan menghala ke Aiyoeweng untuk menuju ke sebuah jambatan yang menjadi antara tarikan di daerah ini.
Jambatan ini dikenali sebagai Tha Pu Soo Bridge (สะพานแตปูซู). Ia adalah jambatan kayu gantung sepanjang ± 25 meter dan selebar ±1.8 meter yang merentasi Sungai Patani. Jambatan ini dibina sejak lama dahulu dan kini menjadi penghubung penduduk untuk ke kebun mereka di seberang sungai.
Ramai pengunjung ke sini untuk berswafoto di atas jambatan ini. Jambatan ini boleh di lintasi dengan motosikal dan sekiranya penduduk kampung lalu, kita perlu mengelak semasa berselisih dengan mereka. Aku tak sempat untuk menunggang di atas jambatan ini kerana keberanian aku terhad lagipun kami perlu bergegas mencari homestay disekitar kawasan ini.
Aku jarang buat tempahan awal untuk penginapan bila ke Thailand. Aku suka walk-in untuk mencari tempat bermalam yang sesuai. Kami berhenti di KM 34 dan terdapat sebuah homestay berwarna hijau yang hanya dikenali sebagai Homestay 34 (โฮมสเตย์ สามสี่) (N5.95064° E101.19216°). Ia adalah Homestay yang ringkas dan adalah 2 rumah berkembar dan setiap rumah terdapat 2 tilam queen saiz dan toto, TV, Free wifi, air cond dan kipas. Di belakang homestay terdapat tempat untuk beristirehat dan terdapat ruang makan yang lengkap dengan peralatan. Harganya adalah berdasarkan ‘kepala’. Kami nyatakan tidak mahu air cond (sejuk ooo sini) dan dikenakan sewaan sebanyak THB300 seorang (pandai-pandailah pujuk untuk dapat diskaun).
Jambatan sepanjang ± 25 meter dan selebar ±1.8 meter
Ia merentasi Sungai Patani: Berdekatan ada perkhidmatan waterafting
1. Betong ke Patani: Pokok Terbesar di Selatan Thailand
2. Betong Ke Patani: Air Terjun Tersorok
3. Betong Ke Patani: Jambatan Kayu Gantung
4. Betong Ke Patani: Iyeweng – Lautan Awan
5. Betong Ke Patani : Namtok Wong Mai
6. Betong Ke Patani : Namtok Chaloem Phra Kiat Ror 92.
7. Betong Ke Patani : Krasaeng Cave
8. Betong Ke Patani : Namtok Sukhtalai
9. Betong Ke Patani : Yala Street Art
10. Betong Ke Patani : Laksa Di Yala
11. Betong Ke Patani : Masjid & Ronda Pekan
12. Betong Ke Patani : Kota Purba Yarang
13. Betong Ke Patani : Istana Lama Raja Yamu
14. Betong Ke Patani : Makam Raja Islam Pertama
15. Betong Ke Patani : Patani Sky Walk
16. Betong Ke Patani : Namtok Sai Khao
17. Betong Ke Patani : Batu Berkepala Ular
No comments:
Post a Comment