Tarikh : 22 November 2018
Misi : Day 03 - Jelajah Betong Melalui Yala Menuju Patani
Tempoh : 4 hari (20 – 23 Nov 2018)
Lokasi : Rusamilae, Patani, Thailand
Jarak :
Coordinate: N6.89431° E101.24397°
Maps Link : https://goo.gl/maps/VXmcdAuJYbq
… Bersambung
Selepas asar, kami bertolak ke Rusamilae sejauh ± 5km dari hotel untuk melihat satu tarikan terbaru di Patani iaitu Sky Walk. Ia terletak di Srinakarin Park, Rusamilae, Pattani.
Sky walk ini adalah pelantar pejalan kaki dengan struktur besi setinggi ± 12 meter dan sepanjang 400 meter. Ia dibina di atas kawasan paya bakau. Terdapat 2 tangga utama dan 5 kawasan rehat tersedia diatas pelantar ini. Dari atas pelantar ini dapat saksikan pemandangan kawasan bakau dan kawasan Srinakarin Park dan telok Siam secara 360°.
Dipenghujung tangga pelantar ini terdapat laluan pejalan kaki yang dibina merentas paya bakau sejauh ± 1km. Pengunjung boleh beriadah menikmati suasana paya bakau dan terdapat beberapa lokasi yang menyediakan kerusi untuk berehat. Papan tanda maklumat untuk pembelajaran tentang hutan bakau disediakan.
Sky Walk ini berada di bawah penjagaan Majlis Perbandaran Pattani. Sky walk sediada ini adalah dalam Fasa 1 pembinaan dan ia mendapat peruntukan dari Kementerian Pelancongan dan Sukan dengan kos sebanyak THB 10,000,000 . Fasa 2 dalam perancangan dimana pelantar ini akan dipanjangkan dan akan ada beberapa lagi aktiviti yang memberi kelainan.
Sky Walk ini dibuka setiap hari dari ia adalah PERCUMA
Di belakang sana kelihatan hutan bakau dan teluk Siam
Pelantar ini seringgi setinggi ± 12 meter
Laluan beriadah: Berbasikal & Berlari – hala berbeza
Srinakarin Park dibina bersempena sambutan 80th birthday of His Majesty the King terletak berhampiran pantai Rusamilae. Ia berkeluasan 155 hektar dan dibuka secara rasmi pada 21 Ogos 1994
petang di Pantai Rusamilae
Malam keluar ronda bandar Patani dan pasti tak lepas peluang ziarahi masjid Patani. Indah pemandangan pada malam harinya
Pautan Kembara Berkaitan
2. Betong Ke Patani: Air Terjun Tersorok
3. Betong Ke Patani: Jambatan Kayu Gantung
4. Betong Ke Patani: Iyeweng – Lautan Awan
5. Betong Ke Patani : Namtok Wong Mai
6. Betong Ke Patani : Namtok Chaloem Phra Kiat Ror 92.
7. Betong Ke Patani : Krasaeng Cave
8. Betong Ke Patani : Namtok Sukhtalai
9. Betong Ke Patani : Yala Street Art
10. Betong Ke Patani : Laksa Di Yala
11. Betong Ke Patani : Masjid & Ronda Pekan
12. Betong Ke Patani : Kota Purba Yarang
13. Betong Ke Patani : Istana Lama Raja Yamu
14. Betong Ke Patani : Makam Raja Islam Pertama
15. Betong Ke Patani : Patani Sky Walk
16. Betong Ke Patani : Namtok Sai Khao
17. Betong Ke Patani : Batu Berkepala Ular
No comments:
Post a Comment