Saturday, December 01, 2018

Betong: Pokok Terbesar di Selatan Thailand

20181120_113253

Tarikh       : 20 November 2018
Misi          :  Day 01 - Jelajah Betong Melalui Yala Menuju Patani
Tempoh    :  4 hari (20 – 23 Nov 2018)
Lokasi       : Chulabhorn Pattana 10th, Betong, Thailand         
Jarak        :  
Coordinate: N5.86243° E101.23885°
Maps Link  : https://goo.gl/maps/rz3jZpBVUkD2

Tersorok di dalam hutan dara berdekatan sempadan Malaysia – Thailand, (± 28 km dari pekan Betong) terletak di Chulaphorn Peace Village 10th (yang menjadi penempatan bekas anggota Rejimen ke-10 Parti Komunis Malaya(PKM)), terdapat sepohon pokok (Somphong Tree) yang dikatakan pokok terbesar di Selatan Thailand.

Ia adalah  pokok Mengkundor atau nama saintifiknya Tetrameles Nudiflora. Ia adalah spesies tumbuhan dalam famili Tetramelaceae. Pokok ini berukurlilit ± 30 meter (Diukur berdasarkan rantaian manusia seramai 38 orang yang mengelilingi pokok ini) dan ketinggian tidak pasti kerana telah patah bahagian atasnya.

Ia dipromosikan oleh kerajaan sebagai salah satu tarikan pelancongan. Disamping memberi pendapatan sampingan kepada komuniti kampung, ia juga boleh menyebarkan sejarah dan pengetahuan tentang pokok ini. Ia adalah 2 pokok di wilayah Yala (sepohon lagi di Piyamit Tunnel) yang dipilih dari 64 pokok di seluruh Thailand sebagai warisan tanah atau “Treasure Of The Land” di bawah naungan His Majesty the King of Thailand pada tahun 2017.

Untuk maklumat, lokasi pokok ini terletak di dalam kawasan berpagar (± 1.2 km dari perkampungan) dan diselenggara oleh penduduk kampung. Bayaran sebanyak THB60 seorang dikenakan sebagai bayaran penyelenggaraan dan ada pengiring yang akan membawa kita ke sini sambil bercerita mengenai kawasan ini. Terpaksa hiking di jalan bersimen yang disediakan ± 600 meter sebelum sampai ke kawasan pokok ini.

Selain itu di perkampungan ini  terdapat: -

  • Muzium Peperangan PKM yang mempamerkan gambar dan kegiatan PKM semasa era pertempuran mereka dengan kerajaan Malaysia.
  • Memorial atau Tugu Peringatan untuk memperingati ahli-ahli PKM pada era sebelum perdamaian. Ia terletak di atas sebuah bukit tinggi berdekatan kampung ini.
  • Simulasi Kem - yang terletak di kawasan hutan bagi menunjukan kehidupan puak PKM  di era perang di dalam hutan
  • Taman Herba – terletak dalam perjalanan untuk menuju ke pokok besar. Pelancong diperkenalkan dengan pelbagai tumbuhan herba dan  dapat belajar mengenai tumbuhan ini yang boleh dijadikan sebagai ubatan.


Laluan bersimen untuk ke Pokok sejauh ± 600 meter

Ladang Herba: Dalam perjalanan menuju ke Pokok

Ada mini waterfall berdekatan pokok

Replika kediaman geng PKM sebelum perjanjian Damai. Ada pokok, dewan yang tergantung gambar pemimpin komunis seperti Lenin, Karl Marx dan lain-lain lagi

Pokok ini berusia ratusan tahun dan berukurlilit > 30 meter


Pautan Kembara Berkaitan
1.  Betong ke Patani: Pokok Terbesar di Selatan Thailand 
2. 
Betong Ke Patani: Air Terjun Tersorok
3. 
Betong Ke Patani: Jambatan Kayu Gantung 
4. 
Betong Ke Patani: Iyeweng – Lautan Awan   
5. 
Betong Ke Patani : Namtok Wong Mai
6. 
Betong Ke Patani : Namtok Chaloem Phra Kiat Ror 92.     
7.  Betong Ke Patani : Krasaeng Cave
8.  Betong Ke Patani : Namtok Sukhtalai  
9.  Betong Ke Patani : Yala Street Art
10. Betong Ke Patani : Laksa Di Yala   
11. Betong Ke Patani : Masjid & Ronda Pekan
12. Betong Ke Patani : Kota Purba Yarang
13. Betong Ke Patani : Istana Lama Raja Yamu     
14. Betong Ke Patani : Makam Raja Islam Pertama   
15. Betong Ke Patani : Patani Sky Walk     
16. Betong Ke Patani : Namtok Sai Khao
    
17. Betong Ke Patani : Batu Berkepala Ular

No comments:

Post a Comment