Monday, December 31, 2018

Unseen Patani: Batu Berkepala Ular

Tarikh       : 23 November 2018
Misi          :  Day 04 - Jelajah Betong Melalui Yala Menuju Patani
Tempoh    :  4 hari (20 – 23 Nov 2018)
Lokasi       :  Sai Khao National Park, Patani, Thailand
       
Jarak        :  
Coordinate:
  N6.65619° E101.09991°
Maps Link  : https://goo.gl/maps/gzox9LYpBq82

… Bersambung

Dari air terjun, ± pukul 11.00 am, kami mendaki laluan bertar untuk ke Khao Hin Chang View Point. Sebelum itu kami perlu mendaftar nama di pondok renjer berdekatan. Walaupun ia jalan tarmac, namun kenderaan tidak dibenarkan naik ke atas  (untuk tujuan keselamatan) kecuali 4 x4 yang dibenarkan. Boleh juga menggunakan perkhidmatan jeep lama US Army (yang pernah digunakan di dalam Peperangan Dunia Ke-2). Ia diusahakan oleh komuniti Ban Sai Khao yang terletak di 55/1, Moo 5, Sai Khao Subdistrict, Khok Pho District, Pattani 94120.

Laluan mendaki bertar ini sangat  lumayan tanjakannya, penat jugalah sebelum nak sampai, hingga aku menanggalkan baju dek panas dan berpeluh. Dipertengahan jalan ada beberapa fenomena alam dan formasi batuan yang menyerupai muka.

Akhirnya setelah hampir 1.3 km kamipun sampai ke satu batuan yang dikenali Pha Phaya Ngu (ผาพญาคือ). Iaitu seketul batu yang terjulur keluar dari tebing batuan menyerupai kepala ular besar. Melihat batu ini teringat aku akan ‘Manda’ (dalam siri Naruto). Penduduk tempatan mempercayai batu suci ini sentiasa melindungi mereka dari bahaya.

Kemudian kami gagahi melangkah ± 230 meter lagi di laluan curam dan berbengkang bengkok untuk sampai ke Khao Hin Chang view point. Di sini terdapat sebuah patung buddha dan ada kawasan lapang seluas ± 0.8 ekar (2 rai) untuk aktiviti perkhemahan. Walau penat tetapi berbalaoi sampai ke sini kerana kita dihidangkan dengan panorama indah luas pemandangan kawasan sekitar (boleh nampak wilayah Pattani & Songkhla).

Di atas ini juga ada Hiking trail (Khao Hin Chang Nature Trail), namun kami tidak mahu ambil risiko menyimpang dari laluan asas kerana hanya kami berdua di atas sini. Selepas turun kami terus balik dengan melalui pintu keluar imigresen Ban Prakhop (Kota Putra, Kuala Nerang).


Pautan Kembara Berkaitan
1.  Betong ke Patani: Pokok Terbesar di Selatan Thailand 
2. 
Betong Ke Patani: Air Terjun Tersorok
3. 
Betong Ke Patani: Jambatan Kayu Gantung 
4. 
Betong Ke Patani: Iyeweng – Lautan Awan   
5. 
Betong Ke Patani : Namtok Wong Mai
6. 
Betong Ke Patani : Namtok Chaloem Phra Kiat Ror 92.     
7.  Betong Ke Patani : Krasaeng Cave
8.  Betong Ke Patani : Namtok Sukhtalai  
9.  Betong Ke Patani : Yala Street Art
10. Betong Ke Patani : Laksa Di Yala   
11. Betong Ke Patani : Masjid & Ronda Pekan
12. Betong Ke Patani : Kota Purba Yarang
13. Betong Ke Patani : Istana Lama Raja Yamu     
14. Betong Ke Patani : Makam Raja Islam Pertama   
15. Betong Ke Patani : Patani Sky Walk     
16. Betong Ke Patani : Namtok Sai Khao
    
17. Betong Ke Patani : Batu Berkepala Ular

1 comment: