Tarikh : 22 Disember 2018
Misi : Jelajah Sejarah Patani
Tempoh :
Lokasi : Chabang Tiko, Patani, Thailand
Jarak :
Coordinate: N6.85591° E101.24898°
Maps Link : https://goo.gl/maps/boJjKEakQp32
Cuti sekolah aku membawa keluarga ke wilayah Patani dan tidak ketinggalan jejaki sebuah tinggalan istana lama Raja Patani yang kini hanya tinggal sebahagian dinding dan pintu kota. Di dalam kota ini dahulu menempatkan Istana Sultan Patani. Ia terletak berhampiran sungai Patani iaitu di Chabang Tiko, Patani, Thailand.
Kota/istana ini dibina oleh seorang arkitek cina semasa pemerintahan Sultan Muhammad (1845 – 1856). Istana ini dikelilingi oleh kota bata seluas ± 2 ekar (anggaranku). Pintu gerbang kayu yang masih utuh berbentuk arch dipengaruhi senibina ala cina. Istana ini digunakan sebagai pusat pemerintahan dan menjadi kediaman sultan. Ia adalah rumah kayu setingkat berbentuk platform segi empat. Di dalam bangunan ada dewan besar yang digunakan sebagai pejabat dan di belakang dewan itu akan menjadi kediaman isteri dan keluarganya. Ia digunakan sehingga akhir pemerintahan Kerajaan Melayu Patani (Sultan Abdul Kadir Kamaruddin - yang dilucutkan jawatan sebaga sultan pada 6 Mac 1902 oleh Kerajaan Siam). Kini terdapat beberapa buah rumah waris kepada sultan di dalam kawasan kota ini.
Untuk makluman, nama sebenar Sultan Muhammad ialah Long Besar, seorang putera Raja Kelantan Long Yunus. Beliau adalah pembesar Kampung Laut yang dilantik oleh kerajaan Siam sebagai Raja Patani. Baginda dikenali sebagai Phraya Tani oleh Kerajaan Siam. Baginda memakai gelaran Sultan Muhammad dan digelar Siam sebagai Phya Pipit Phakdi. Pelantikan Sultan Muhammad ini menandakan bermulanya dinasti baru, keturunan Kelantan menduduki takhta kerajaan Patani.
Pautan Kembara Berkaitan
1. Patani: Tinggalan Kota Raja
2. Patani:
3.
4.
No comments:
Post a Comment