Tuesday, January 15, 2019

Koh Tanyong Uma: Mencari Pantai Belakang Naga Merah di Ban Bakan Yai

Tarikh       : 11 Januari 2019
Misi          :  Menjejaki Pantai Belakang Naga Merah
Tempoh    :  2 hari (11 – 12 Jan 2019)
Lokasi       :  Koh Tanyong Uma, Satun, Thailand
       
Jarak        :  
Coordinate:
  N6.71377° E99.84352°
Maps Link  : https://goo.gl/maps/NCQHgh5iiXt

Keajaiban laut yang menghasilkan bentuk pantai bagaikan belakang naga di daerah satun menarik perhatianku untuk menjejakinya. Terdapat 8 pantai Belakang Naga di Daerah Satun yang dinamakan berdasar warna tertentu kerana mempunyai ciri warna yang sedemikian, dengan karektor tertentu dan bentuk pantai bagaikan belakang naga antaranya ialah:-

  • Black Dragon Spine di Koh Lidi;
  • White Dragon Spine Beach, di Ban Hua Hin, La-ngu;
  • Double Dragon Spine Beach, di Tammalang;
  • Bronze Dragon Spine Beach, di Koh Koynoi, Tarutao;
  • Golden Stone, Dragon Spine Beach, di Koh Lidi, Petra Islands;
  • Beach, Bakan Yai, di Koh Tanyong Uma; (yang akan aku pergi);
  • Golden Dragon Spine Beach, di Koh Sam, Koh Hua Tan, Tanyong Po; dan
  • Red Dragon Spine Beach, di Koh Jabang, Chebilang.

Kebanyakan telahku sampai tetapi ada yang  ku tidak sedari dahulu

    Jeti Thung Rin

    Koh Tanyong Uma sebuah pulau kecil dalam gugusan pulau di lautan andaman berhampiran pertemuan dua muara sungai iaitu Khlong Thung Rin & Khlong Ba Ra Ket (Khlong Sakon).

    Ia terletak dalam Ko Sarai Subdistrict, Satun. (Tidak jauh dari Koh Sarai yang pernah ku kunjungi dahulu.)

    Ah Lai, Tuan punya tempat meletak kereta di Thung Rin

    Aku berusaha mencari maklumat tentang lokasi pantai belakang naga ini dan cara-cara untuk untuk ke sana. Selepas mendapat maklumat, maka hari ini berdua bersama isteriku menaiki motor untuk ke lokasi permulaan kembara kami iaitu ke Jeti Thung Rin (N6.73875° E99.92097° - ± 9km dari Tha Phae). Aku parkir di sebuah lokasi iaitu seberang Jeti di sebuah kedai sepasang warga tua berbangsa cina yang boleh berbahasa Melayu dengan baik. Tempat ini menjadi lokasi penduduk Koh Tanyung Uma yang berkerja di daratan menyimpan kenderaan mereka. Bayaran dikena untuk sehari ±THB50.00.

    Di jeti aku bertanya kepada penduduk mengenai lokasi pendaratan dan jadual perjalanan bot dan mereka sangat membantu dan ada seorang penduduk yang terus hubungi tuanpunya homestay. Untuk makluman jadual bot adalah seperti berikut:-

    Perjalan dari Thung Rin ke Jeti Tanjung Keling mengambil masa ± 30 minit sahaja. Sampai di jeti kami menaiki motosikal yang kebetulan seorang wanita juga tinggal di sana. Di sini ada beberapa homestay antaranya ialah Bakayai Homestay yang dimiliki oleh Abang Adul.

    Highway simen (heh heh). Menaiki pengangkutan utama disini

    Di Bakanyai terdapat beberapa fenomena menarik, antaranya adalah Red Dragon Spine Beach (สันหลังมังกรแดง), Pokok api api /lamphu tree tua yang menarik bagaikan dalam hutan Amazon.

    Koh Tanyong Uma berkeluasan ± 6km per. Kebanyakan kawasan dipulau ini dipenuhi dengan paya bakau, ladang getah, ladang kelapa sawit dan kolam ternakan udang. Pekerjaan utama penduduk adalah nelayan dan berkebun. Kebanyakan penduduk dipulau ini adalah melayu muslim dan komunikasi bahasa melayu adalah terhad. Pulau ini mempunyai 3 kampung utama iaitu Tanjung Keling, Tanjung Uma dan Ban Bakanyai dan terdapat 3 buah masjid dan sebuah sekolah disini.

    Layan Gambar di Koh Tanyong Uma dan Ban Bakanyai Homestay

    Jeti Tanjung Keling. Jadual perjalan bot adalah seperti di atas

    Jeti Tanjung keling di Koh Tanyong Utama. Ada 2 jeti utama disini satu lagi di Tanjung Uma

    Pemandangan dari udara Ban Bakanyai (Kampung Bagan Besar)

    Penginapan kami .. THB350 (tidak termasuk makan)

    Penginapan asas dengan tandas .. kena pasang kelambu, nyamuk banyak ooo

    Masjid Asyakirin di Ban Bakanyai. Aku sempat solat Jumaat disini dan dapat berbual dengan tuan imamnya

    Pintu masuk ke Homestay

    Homestay terapong

    Homestay terapong .. tapi tandasnya samada nak ‘boh’ bawah tu atau 100 meter ke darat

    Komuniti


    Pautan Kembara Berkaitan

    1.  Koh Tanyong Uma: Mencari Pantai Belakang Naga Merah di Ban Bakan Yai
    2.  Koh Tanyong Uma: Touching the dragon's back

    3.  Koh Tanyong Uma: Hutan Bakau Warisan Alam

    4.  Koh Tanyong Uma: Hamparan Pantai Karang

    No comments:

    Post a Comment