Thursday, January 17, 2019

Koh Tanyong Uma: Touching the dragon's back

Tarikh       : 11 Januari 2019
Misi          :  Menjejaki Pantai Belakang Naga Merah
Tempoh    :  2 hari (11 – 12 Jan 2019)
Lokasi       : Koh Tanyong Uma, Satun, Thailand
Coordinate:  N6.71377° E99.84352°
Maps Link  : https://goo.gl/maps/NCQHgh5iiXt
     
UNSEEN SATUN ...
Ia adalah Pantai Belakang Naga ke 9 di daerah Satun! Dengan warnanya yang merah boleh menganjur sejauh hampir 3 km. Air yang surut, pantai semakin terdedah. Dari jauh berbalam-balam kelihatan bak seekor naga MERAH sedang berenang di lautan dimana kepalanya terdampar dipantai antara perkampungan manakala ekornya yang berliku meregang ke laut. Namun pantai yang cantik dapat dilihat antara jam 12.00 tgh, seakan belakang naga sejauh ± 150 meter.
UNIKnya pantai ini adalah ‘batu lada’ berwarna merah dan hanya satu-satunya (di kawasan ini) di Thailand. Terjadi akibat letusan gunung berapi (mana taktau???) sejak 500 juta tahun lalu. Ianya disahkan oleh Jabatan Mineral Thailand dan menyatakan bahawa batu lada ini di laut hanya terdapat di daerah ini (termasuk pulau-pulau berhampiran) …
Pantai ini hanya ±300 meter sahaja dari homestay kami. Awal pagi air laut surut dan kami menunggu hingga jam 9.00 pagi untuk keluar melihatnya. Aku mengajak kanak-kanak kampung ini untuk sama-sama menginjak kaki atas belakang naga merah ini. Mereka kelihatan riang berlari dan lansung tidak berasa takut bermain hingga ke hujung gigi air. Kelihatan juga penduduk kampung keluar mencari rezeki dengan menjala atau mencari udang/siput di hujung pantai ini.
Air surut di pagi hari menyingkap beting pasir
air semakin pasang – kepala naga semakin tenggelam
Aerial view dari drone ku …… Kelihatan ekor naga merah ini berbalam-balam ke laut
Selepas kami menjejaki pantai belakang naga ini, kami menelusuri pantai untuk melihat beberapa tempat menarik berhampiran pantai
Pelantar/titi buluh tersadai akibat air surut, jika air pasang ia akan jadi bagai jambatan terapung
di pondok rehat di celah pokok bakau
table 4 two – Jenuh makan
Setelah penat meronda, Menikmati makan tengahari yang mewah dengan makanan segar dari laut


Pautan Kembara Berkaitan
1.  Koh Tanyong Uma: Mencari Pantai Belakang Naga Merah di Ban Bakan Yai
2.  Koh Tanyong Uma: Touching the dragon's back

3.  Koh Tanyong Uma: Hutan Bakau Warisan Alam

4.  Koh Tanyong Uma: Hamparan Pantai Karang

No comments:

Post a Comment