Misi : Day 02 - Jelajah Betong Melalui Yala Menuju Patani
Tempoh : 4 hari (20 – 23 Nov 2018)
Lokasi : Ban Ka Sing, Bannang Sata, Yala, Thailand
Jarak :
Coordinate: N6.21439° E101.20407°
Maps Link : https://goo.gl/maps/zqLW92fv8oD2
… Bersambung
Kami check-out dari Homestay pada jam 10:00 pagi dan meneruskan perjalanan menuju ke arah Yala (melalui Highway 410) dan singgah ke sebuah gua tembus yang mengalir sungai di bawahnya iaitu Gua(Tham) Kraseang (ถํ้ากระแซง).
Tham Krasaeng terletak di kampung Ka Sing, daerah Bannang Sata, ± 45 km dari Yala City. Ia dikelilingi oleh masyarakat muslim dan terdapat masjid berdekatan gua ini. Ia adalah gua semulajadi yang indah. Gua tembus yang mempunyai aliran sungai di bawahnya. Ia dikelilingi oleh hutan dan bukit.
Pintu masuk ke gua ini (Mulut gua) adalah rongga besar yang dapat pandang terus ke arah hutan di sebelah sana. Kini terdapat jalan khas bersimen yang dibina bagi membolehkan kenderaan ‘bolos’ melaluinya. Semasa berjalan di gua kami dapat melihat stalaktit indah yang bergantungan. Ketika tiba di tengah-tengah gua, langutlah ke atas melihat dua lohong menampakan langit.
Terdapat 16 gua sekitar kawasan ini, namun 3 buah yang terkenal iaitu Candy Cave, Nam Lod Cave and Phra Cave.
Sungai (Tham Kra Chaeng) yang mengalir melaluinya sangat jernih dan sejuk airnya. Jika air surut boleh berjalan di sepanjang sungai melalui gua ke seberang sana (sisi lain) (aku cuba menyeberangi dengan motosikal ke seberang, namun pasir membenamkan tayar dan air agak tinggi parasnya).
Gua ini boleh dikunjungi pada setiap hari dan tiada bayaran dikenakan. Di hadapan gua ada beberapa kemudahan asas disediakan dan ada gerai berbentuk pondok dari buluh (mungkin beroperasi pada hari tertentu).
Dalam perjalan ke Bannang Sata, singgah merehatkan diri dan pekena kopi kampung di Ban Rai (N6.11274° E101.18564°). Kopi halus (tak payah tapis dah …) dan sedap diminum, murah pulak tu. Aku sempat beli setengah kilo buat ole-ole.
Langutlah ke atas untuk melihat 2 lohong yang menampakan langit. Fokuskan juga kepada stalaktit yang cantik dan menarik
Di sebalik bukit
Pautan Kembara Berkaitan
1. Betong ke Patani: Pokok Terbesar di Selatan Thailand
2. Betong Ke Patani: Air Terjun Tersorok
3. Betong Ke Patani: Jambatan Kayu Gantung
4. Betong Ke Patani: Iyeweng – Lautan Awan
5. Betong Ke Patani : Namtok Wong Mai
6. Betong Ke Patani : Namtok Chaloem Phra Kiat Ror 92.
7. Betong Ke Patani : Krasaeng Cave
8. Betong Ke Patani : Namtok Sukhtalai
9. Betong Ke Patani : Yala Street Art
10. Betong Ke Patani : Laksa Di Yala
11. Betong Ke Patani : Masjid & Ronda Pekan
12. Betong Ke Patani : Kota Purba Yarang
13. Betong Ke Patani : Istana Lama Raja Yamu
14. Betong Ke Patani : Makam Raja Islam Pertama
15. Betong Ke Patani : Patani Sky Walk
16. Betong Ke Patani : Namtok Sai Khao
17. Betong Ke Patani : Batu Berkepala Ular
No comments:
Post a Comment