Wednesday, December 26, 2018

Patani: Istana Lama Raja Yamu Di Yaring

Tarikh       : 22 November 2018
Misi          :  Day 03 - Jelajah Betong Melalui Yala Menuju Patani
Tempoh    :  4 hari (20 – 23 Nov 2018)
Lokasi       :  Yaring, Patani, Thailand
       
Jarak        :  
Coordinate:
  N6.86427° E101.37096° 
Maps Link  : https://goo.gl/maps/vZ6YaTeYG5w

… Bersambung

Dari Yarang ke Yaring

Dari kompleks runtuhan kota purba Yarang kami meneruskan perjalanan untuk ke satu lokasi istana raja Yamu วังยะหริ่ง yang terletak di Yaring sejauh  ± 18km. Ia terletak di Moo 1, Yamu Sub-district, Yaring District, Patani, Thailand.

Istana ini di bina dalam tahun 1895/1896 oleh Raja Yamu atau Gabenor daerah Yaring, Phraya Pipit Senamayathibodee Srisurat atau Tengku Wook Tengku Long Puteh (1852 – 1918) . Ia dibina di dalam kawasan seluas 16 rai (6 ekar).

Ia adalah rumah dua tingkat dengan binaan kayu dan batu. Senibinanya dipengaruhi unsur Eropah dan Melayu Thai (hampir sama seperti senibina Kelantan). Istana ini berbentuk U dimana tingkat atasnya mempunyai ruang tamu yang luas. Di sebelah sisinya ada tangga batu melengkung ala barat dengan dihiasi ukiran-ukiran kayu gaya seni jawa dan barat membuat rumah ini tampak elegan. Walau sudah berusia lebih dari 120 tahun, rumah ini dijaga dengan baik oleh warisnya dan telah dibaik pulih pada akhir tahun 1998.

Tertarik kami akan senibina dan ukiran maka kami memasuki ke perkarangan istana dan tidak dapat masuk ke dalam rumah kerana perlu mendapat kebenaran (sebulan awal - Lagipun penjaga rumah tidak ada).

Rumah ini menyaksikan upacara bersejarah penyatuan 2 keluarga diraja apabila menerima pinangan keluarga Diraja Kelantan untuk Tengku Muhammad Faris Petra ibni Tengku Ismail Petra @ Sultan Muhammad V (kini)(YDP Agung ke 15) dengan cicit Tengku Wook iaitu Tengku Zubaidah atau nama sebenar Kangsadal Pipitpakdee (dilahirkan dan dibesarkan di istana ini hingga umur 5 tahun). Upacara pernikahan mereka dilakukan pada 15 November 2004 di Yaring.

Sempat berbual bersama cicit kepada Tengku Wook iaitu Sharifah Habibah atau dikenali sebagai Ku Mazni. Seronok berbual dengannya walau seketika dan beliau memaklumkan pernah tinggal di Pulau Pisang, Jitra untuk tempoh sebulan ketika remajanya.

Ukiran menarik menghiasi rumah ini sangat cantik bila di teliti


Pautan Kembara Berkaitan

1.  Betong ke Patani: Pokok Terbesar di Selatan Thailand 
2. 
Betong Ke Patani: Air Terjun Tersorok
3. 
Betong Ke Patani: Jambatan Kayu Gantung 
4. 
Betong Ke Patani: Iyeweng – Lautan Awan   
5. 
Betong Ke Patani : Namtok Wong Mai
6. 
Betong Ke Patani : Namtok Chaloem Phra Kiat Ror 92.     
7.  Betong Ke Patani : Krasaeng Cave
8.  Betong Ke Patani : Namtok Sukhtalai  
9.  Betong Ke Patani : Yala Street Art
10. Betong Ke Patani : Laksa Di Yala   
11. Betong Ke Patani : Masjid & Ronda Pekan
12. Betong Ke Patani : Kota Purba Yarang
13. Betong Ke Patani : Istana Lama Raja Yamu     
14. Betong Ke Patani : Makam Raja Islam Pertama   
15. Betong Ke Patani : Patani Sky Walk     
16. Betong Ke Patani : Namtok Sai Khao
    
17. Betong Ke Patani : Batu Berkepala Ular

No comments:

Post a Comment