Tarikh : 22 November 2018
Misi : Day 03 - Jelajah Betong Melalui Yala Menuju Patani
Tempoh : 4 hari (20 – 23 Nov 2018)
Lokasi : Yala, Thailand
Jarak :
Coordinate: N6.56614° E101.29450°
Maps Link : https://goo.gl/maps/zv2mR8Cyb2T2
… Bersambung
Selepas check out, kami ronda dahulu pekan Yala.
Yala city adalah antara bandar yang indah di Thailand. Kawasan perbandarannya seluas 19 kilometer persegi dengan lebih daripada 400 batang jalan. Dihubungkan dengan 3 bulatan bagaikan rangkaian labah-labah yang membolehkan semua jalan untuk bergabung. Ia pernah menerima penghargaan 3 tahun berturut-turut (1985, 1986 & 1987) dari HRH Princess Maha Chakri Sirindhorn sebagai pekan terbersih di Thailand.
Kami menuju ke 3 bulatan tersebut. Bulatan pertama ialah sebuah bulatan paling besar yang ditengahnya menempatkan sebuah shrine (N6.54116° E101.28038°) kemudian ke bulatan jam (N6.54800° E101.28462°) dan seterusnya ke bulatan di Yala Old Market Clock Tower. Sebelum ke Yala Old market kami singgah dahulu ke Masjid Jamek Yala
Masjid Jamek Yala (Central Mosque), merupakan masjid utama di wilayah ini, siap dibina pada tahun 1984. Masjid yang mempunyai seni bina gaya Barat. Terdapat 30 anak tangga yang dibina dihadapannya yang membawa jemaah ke pintu masuk masjid.
Selepas Yala Kami singgah di Pattani Dam untuk merasai fenomena air melimpah (tetapi hari ini tiada rejeki). Ia hanya terjadi ketika musim hujan dan air penuh.
Sungai Pattani adalah sungai yang penting di Selatan Thailand. Lembangan sungai Pattani meliputi keluasan ± 3,805.65 km2 diwilayah Yala dan Pattani. Hulunya bermula dari sempadan Malaysia/Thailand mengalir ke utara melalui Bang Lang Dam dan keluar ke Teluk Siam sejauh ±214km.
Bang Lang Dam juga dikenali sebagai ‘Pattani Dam’ dan sebuah lagi empangan (diversion dam = Empangan/Tandop besar) sepanjang ±60 meter dibina untuk mengampang/mengawal aliran sungai Pattani. Dibina dalam tahun 1980 dan terletak antara daerah Yala dan Patani(Yarang) iaitu di Tase. Dengan tebing yang luas memanjang, empangan dengan 6 pintu air bertujuan membendong air sungai dan mengawal saliran air.
Pautan Kembara Berkaitan
2. Betong Ke Patani: Air Terjun Tersorok
3. Betong Ke Patani: Jambatan Kayu Gantung
4. Betong Ke Patani: Iyeweng – Lautan Awan
5. Betong Ke Patani : Namtok Wong Mai
6. Betong Ke Patani : Namtok Chaloem Phra Kiat Ror 92.
7. Betong Ke Patani : Krasaeng Cave
8. Betong Ke Patani : Namtok Sukhtalai
9. Betong Ke Patani : Yala Street Art
10. Betong Ke Patani : Laksa Di Yala
11. Betong Ke Patani : Masjid & Ronda Pekan
12. Betong Ke Patani : Kota Purba Yarang
13. Betong Ke Patani : Istana Lama Raja Yamu
14. Betong Ke Patani : Makam Raja Islam Pertama
15. Betong Ke Patani : Patani Sky Walk
16. Betong Ke Patani : Namtok Sai Khao
17. Betong Ke Patani : Batu Berkepala Ular
No comments:
Post a Comment