Tarikh : 21 November 2018
Misi : Day 02 - Jelajah Betong Melalui Yala Menuju Patani
Tempoh : 4 hari (20 – 23 Nov 2018)
Lokasi : Ban Wang Mai, Aiyoeweng, Betong District, Yala 95110, Thailand
Jarak :
Coordinate: N5.95304° E101.16439°
Maps Link : https://goo.gl/maps/mtVpZwuWHuA2
… Bersambung
±8:00 pagi kami turun dari I Yerweng dan apabila sampai di simpang empat (penghujung jalan simen) kami teruskan perjalanan menghala ke Ban Wang Mai menelusuri Yala 5032 rural road sejauh ±3.2km dan belok ke kiri mengikuti laluan kecil (jalan simen) seluas 1 meter yang membawa kami memasuki kawasan perkampungan dan dusun. ±800 meter, di penghujung jalan, akan jumpa pondok dan di sini sudah kedengaran bunyi deruan air terjun.
Persekitaran kawasan ini agak sunyi dan beberapa kemudahan yang disediakan seperti pondok ada yang sudah rosak. Ada sesetengah pondok beberapa bumbungnya sudah tertanggal. Kami meletak motosikal di bawah pondok dan turun menelusuri anak sungai untuk melihat air terjun pertama. Aliran air mengalir deras dari tebing yang sempit dan ‘meluahkan’ air ke sungai kecil (Wang Mai). Sungai ini airnya jernih lagi sejuk. Air terjun ini pada anggaranku setinggi 1 meter sahaja dan di bawah sana kelihatan sebuah lagi air terjun. Kami menyeberang anak sungai sambil berhati-hati berjalan ke air terjun tersebut. Air terjun ini lebih cantik dan setinggi ±1.5 meter dan kelihatan nak sama seperti namtok Chulaphorn Pattana 10th yang kami kunjungi kelmarin. Terdapat 2 aliran sungai yang jatuh ke kolam di bawah. Di tengahnya boleh duduk berehat sambil menikmati keindahannya.
Tidak lama kami disini kerana ada lagi air terjun yang perlu kami kunjungi di kawasan ini ..
Pautan Kembara Berkaitan
1. Betong ke Patani: Pokok Terbesar di Selatan Thailand
2. Betong Ke Patani: Air Terjun Tersorok
3. Betong Ke Patani: Jambatan Kayu Gantung
4. Betong Ke Patani: Iyeweng – Lautan Awan
5. Betong Ke Patani : Namtok Wong Mai
6. Betong Ke Patani : Namtok Chaloem Phra Kiat Ror 92.
7. Betong Ke Patani : Krasaeng Cave
8. Betong Ke Patani : Namtok Sukhtalai
9. Betong Ke Patani : Yala Street Art
10. Betong Ke Patani : Laksa Di Yala
11. Betong Ke Patani : Masjid & Ronda Pekan
12. Betong Ke Patani : Kota Purba Yarang
13. Betong Ke Patani : Istana Lama Raja Yamu
14. Betong Ke Patani : Makam Raja Islam Pertama
15. Betong Ke Patani : Patani Sky Walk
16. Betong Ke Patani : Namtok Sai Khao
17. Betong Ke Patani : Batu Berkepala Ular
No comments:
Post a Comment