Thursday, December 27, 2018

Patani: Makam Raja Islam Pertama

Tarikh       : 22 November 2018
Misi          :  Day 03 - Jelajah Betong Melalui Yala Menuju Patani
Tempoh    :  4 hari (20 – 23 Nov 2018)
Lokasi       :  Barahom, Patani, Thailand
       
Jarak        :  
Coordinate:
  N6.87548° E101.31593°
Maps Link  : https://goo.gl/maps/KRDA7AVedLM2

… Bersambung

Kami keluar dari istana Yaring  dan mengikuti highway 42 sejauh ± 8.5 km untuk ke Phaya Inthira Cemetery atau makam Sultan Ismael Shah iaitu Sultan Patani yang pertama memeluk islam. Makam ini terletak di Ban Phare, Tambon Barahom, Patani, Thailand. Ia juga berada ± 8km dari Bandar Patani.

Berdasarkan buku Hikayat Patani, pengasas negeri Patani adalah Phya Tu Nakpa atau nama sebenarnya Phaya Inthira. Kisah baginda memeluk agama islam diceritakan dengan terperinci dalam Hikayat Patani.

Kisah dimulakan apabila baginda diserang penyakit pecah belah (sakit merkah) di badannya. Banyaklah tabib dari serata tempat telah merawatnya namun tidak juga mahu sembuh sehingga baginda menitahkan di pukul canang serata tempat akan perkhabaran mahu dikahwinkan akan puteri baginda sekiranya dapat mengubati penyakitnya. Apabila Perkhabaran ini sampai kepada Sheikh Said yang  tinggal berhampiran Kampung Pasir, beliau sedia mengubati tetapi tidak mahu menjadi menantu raja sebaliknya mensyaratkan Phya Tu Naqpa memeluk agama Islam.

Setelah diubati dan sembuh, baginda telah memungkiri janjinya dan penyakit lama menyerang kembali. Dengan Sheikh Said dipanggil semula untuk berubat, dan itupun setelah raja berjanji akan memeluk Islam. Akhirnya Phya Tu Naqpa mengotakan janjinya, dan memeluk agama Islam dan baginda memakai nama Sultan Ismail Shah DzalilLah Fi Alam.

Sultan Ismail Shah mangkat dalam tahun 1530M (2073 Thai) dan dimakamkan disini, permaisurinya yang meninggal dalam tahun yang sama dimakamkan bersebelahannya.

Mengikut sejarah Patani (Hikayat Patani) Syeikh Said meletakkan negeri Patani dengan gelaran ‘Patani Darussalam’ sebagai menzahirkan syiar Islam di Patani dan beliau jugalah yang memohon kepada Sultan Ismail Shah untuk membina Masjid Kerisek …. Wallahuaklam.

Kami singgah ke Bangpoo ( N6.86895° E101.33706°) sebuah daerah kecil di Pattani. Kaya dengan alam semulajadi yang indah dengan hutan paya bakaunya. Boleh layari ‘terowong’ bakau sejauh 800 meter sambil meninjau unggas di sini. Memungut siput dan melihat kelip-kelip adalah antara perkhidmatan yang ditawarkan oleh Bangpoo Tourist Community.

Maps Link: https://goo.gl/maps/a5ev5krRx7m

Selepas itu kami mencari hotel di bandar Patani untuk bermalam dan merehatkan badan. Kami memilih Rainbow Hotel Mansion Pattani (N6.86141° E101.24555°). Ia sebuah hotel 5 tingkat dan mempunyai 60 bilik. Istimewanya ia berada di tepian sungai Patani. Sewa yang murah THB500 (tanpa breakfast), bilik yang selesa, berhawa dingin dan ada parkir.


Pautan Kembara Berkaitan

1.  Betong ke Patani: Pokok Terbesar di Selatan Thailand 
2. 
Betong Ke Patani: Air Terjun Tersorok
3. 
Betong Ke Patani: Jambatan Kayu Gantung 
4. 
Betong Ke Patani: Iyeweng – Lautan Awan   
5. 
Betong Ke Patani : Namtok Wong Mai
6. 
Betong Ke Patani : Namtok Chaloem Phra Kiat Ror 92.     
7.  Betong Ke Patani : Krasaeng Cave
8.  Betong Ke Patani : Namtok Sukhtalai  
9.  Betong Ke Patani : Yala Street Art
10. Betong Ke Patani : Laksa Di Yala   
11. Betong Ke Patani : Masjid & Ronda Pekan
12. Betong Ke Patani : Kota Purba Yarang
13. Betong Ke Patani : Istana Lama Raja Yamu     
14. Betong Ke Patani : Makam Raja Islam Pertama   
15. Betong Ke Patani : Patani Sky Walk     
16. Betong Ke Patani : Namtok Sai Khao
    
17. Betong Ke Patani : Batu Berkepala Ular

No comments:

Post a Comment