LANGKAWI 04H 03M
Tarikh : 24 Mac 2021 - Day 03
Lokasi : Pulau Tuba, Langkawi.
Coordinate : N6.24737° E99.83763°
… sambungan
Bukit Batu Licin adalah antara lokasi hiking di pulau Tuba. Ia terletak di sebuah bukit di belakang Sek. Men. Keb. Pulau Tuba. Trailheadnya boleh diakses melalui Sekolah Men. Keb. Pulau Tuba (perlu dapat kebenaran) atau melalui kebun getah dipinggir sekolah.
Pintu masuk ke kebun getah
Kami memilih untuk memasuki ke denai laluan melalui kebun getah. Selepas sarapan kami menelusuri sebatang jalan berhampiran sekolah dan berhenti meletak kenderaan berhampiran sebuah rumah penduduk (N6.25006° E99.83311°). Sambil meminta izin meletak kenderaan, bertanya tentang laluan ke bukit ini. Laluan ini melalui kebun getah dan kena redah hutan renek sebelum berjumpa pintu masuk ke denai.
pintu masuk ke denai
aerial view batu dogiang
Berdua kami menyelinap hutan mengikuti denai. Denai laluan yang jelas dan ada penanda yang memudahkan kami mengikutinya. Perjalanan mengambil masa hampir 35 minit untuk sampai ke batu besar yg menjadi viewpoint menarik. Ia menghadap pulau Dayang Bunting dan pemandangan di atasnya, Wow ..ohsem oooii, berbaloi ragaih naik.
AIR TERJUN TERPENCILCoordinate: N6.25667° E99.81591°
Selepas turun dari Bukit Batu Licin kami menuju ke selat Bagan Nyiur dan mengikuti kawasan ladang Felcra (sedang dalam proses ditebang) ke satu air terjun yang terletak dipinggir bukit. Air terjun ini popular dikalangan penduduk tempatan dan menjadi tempat beristirehat di hari minggu. Namun airnya sangat berkurangan kerana sekarang musim kering (kemarau).
Salam boss, berminat x nk jual footage video kt batu licin tu?
ReplyDeleteBoleh contact sy di https://instagram.com/zol.zainol?igshid=OGQ5ZDc2ODk2ZA==
ReplyDelete