Thursday, April 08, 2021

PULAU TUBA: RUMAH TERPENCIL & PANTAI TERASING

LANGKAWI 04H 03M
Tarikh  :  23 Mac 2021  - Day 02
Lokasi  :  Pantai OK, Pulau Dayang Bunting, Langkawi.
Coordinate :  N6.27326°, E99.80610°

… samb

Balik dari Bukit Kecik, kami mengambil bag di kaunter NOBA Resort dan menuju ke Barkat Chalet yang terletak di penghujung jalan. Barkat Chalet dimiliki oleh puan Barakatunissha (pesara kerajaan) dan suaminya En. Abdul Rasyid. Chalet ini menyedia kemudahan bilik yang asas dan sesuai dengan golongan kembara. Ia terkenal dan dapat perhatian ramai pelancong luar negara. Kedudukan chalet ini di hujung kampung/tepi hutan menyebabkan pemiliknya membela beberapa ekor anjing. Pengambaran filem Ombak Rindu arahan Osman Ali pernah dilakukan disini.

Bilik kami dengan katil saiz queen, ada TV, tandas yang luas, ada shower, plug, dibekalkan dengan selimut nipis dan tuala. Biliknya tiada kunci dan berdinding buluh. Harga sepadan dengan kemudahan yang tersedia. Pada kami ia sudah memadai. Petangnya kami berehat dahulu melepas lelah. Semasa kami berehat, hujan lebat sekali diluar ditambah dengan ribut yang kuat.  

Pokok getah yang tumbang menghadang jalan

Dekat sini ada persimpangan - laluan ke kiri menuju ke puncak bukit dan ke kanan turun ke pantai

udah kelihatan pantai di sana

Selepas asar, kami menuju ke penghujung pulau Dayang Bunting dengan mengikuti denai yang membawa kami melalui kawasan tanaman getah yang ditinggalkan. Laluan yang sedikit mendaki tetapi dipenghujung penurunan sedikit curam. Laluan kami sesekali terhalang dengan pokok getah yang tumbang (hujan dan ribut petang tadi), akhirnya setelah hampir 3.6km menelusuri kami menjumpai sebidang pantai yang sunyi yang menghadap pulau besar Langkawi (Bukit Malut). Di penghujung kelihatan 3 buah rumah dan dikatakan milik kerabat Kedah. Pantai yang dikenali PANTAI OK (baca: Ork). Anjing tuan rumah yang menyalak galak membataskan tinjauan kami selanjutnya. Sempat bergambar dan terpaksa memendekkan kunjungan lantaran langit semakin kelam (nak ujan oo) dan mentari mula nak terbenam ... Laluan pulang gerimis melanda dan syukur dipeliharaNya sehingga selamat tiba di penginapan.

Bersambung …   

  Pantai yang sunyi


Layan Video perjalanan ke pantai OK
Video Perjalanan Ke pantai OK

No comments:

Post a Comment