Tarikh : 06 Mac 20121
Misi : Menjejaki Jeram Tok Din
Lokasi : Kampung Pinang, Pedu, Padang Terap, Kedah
Coordinate : N6.22372° E100.73556°
Jeram Tok Din terletak di Kampung Pinang, Jalan Empangan Pedu, Kuala Nerang, Kedah Darul Aman. Ia terletak ± 17km sahaja dari Pekan Kuala Nerang. Secara tepatnya ia terletak dipinggiran lebuhraya Durian Burung – Baling, berhampiran simpang empat ke tasik pedu. Ia terkenal di kalangan penduduk tempatan sebagai kawasan perkelahan selepas Raja Muda Kedah melawat dan berkelah di kawasan ini pada hujung tahun 1992.
Aku mendapat maklumat mengenai jeram ini dari penduduk tempatan dan pada pagi ini, kami menaiki motor untuk menjejaki jeram ini. Kami bernasib baik kerana seorang penduduk tempatan yang menyapa kami menawarkan diri untuk membawa kami ke lokasi ini yang agak tersorok.
Ia terletak ± 30 meter sahaja dari simpang empat dan melalui satu kawasan lapang (boleh parkir kereta disini) dan kami masuk melalui lorong kecil hingga kawasan dusun. Tempat ini memang cantik, air sungai jernih yang mengalir terus dari empangan pedu. Pohon-pohon ditebing yang meneduhkan kawasan dan sesuai dijadikan tapak perkelahan. Air menghijau yang mengalir dan tidak terlalu dalam amat sesuai untuk anak-anak bermain di sungai.
Dihujung sana ± 30 meter kelihatan jeram yang mendamaikan. Perlu meredah sedikit semak untuk sampai ke sini. Kami bersantai disini pada awal pagi dan tengahari sedikit barulah kelihatan kaki pancing melewati kawasan ini. (lubuk ikan pa ….)
Namun sedikit kecewa, masih ada pengunjung yang tidak mempunyai kesedaran sivik dengan membuang/meninggal sampah merata yang pasti akan merosakan keindahan dan mencemar kawasan.
No comments:
Post a Comment