Tarikh: 26 Disember 2010
Lokasi: Perkarangan Hotel SSL Trade, Kamunting, Taioing, Perak
Flag Off: 7.30am
Jarak: 50km
Pnganjur event ini masih lagi K-Raitt MTB Club. Sedikit kelainan dgn menampilkan anak-anak Tahfiz Nur Qaseh, Kamunting. Flag off dimulakan dgn bacaan doa dari mereka.
Penulis hadir ke Jamboree ini kerana mengharapkan penganjur memperbaiki beberapa kelemahan yang dilakukan pada acara terdahulu disamping untuk menikmati keindahan Taiping.
HAMBAR itulah yg penulis simpulkan dan berikut adalah catatan dan komen penulis.
PERHATIAN: SEGALA CATATAN INI ADALAH PANDANGAN PERIBADI PENULIS
Peserta
± 300 orang perserta mendaftar diri tetapi hanya ±150 orang yg tampil mengayuh. Penulis percaya ‘luka’ tahun lepas menyebabkan ramai orang berpatah arang bahkan ramai yg sudah bertalak 3 kpd penganjur ini. Disamping itu kurangnya promosi yg dibuat oleh penganjur.
HAMBAR kerana tidak ramai pesertanya.
Trek
Laluan kali ini adalah sejauh 50km yang banyak melalui jalan tar, jalan berbatu, jalan tanah merah dan melalui kawasan ladang kelapa sawit, kebun getah, kawasan perindustrian dan kawasan perkampungan. Dibeberapa tempat laluan sangat lecah kerana musim hujan sekarang ini.(nasib baik hujan tidak turun pada hari ini). Apa yang diharapkan oleh penulis yang juga dikongsi dgn beberapa rider lainnya, Taiping yg lanskapnya sangat cantik, berlatarbelakangkan bukit bukau yang menarik, pekan, taman dan tasik seolah-olah tidak diambil kira oleh penganjur kerana ini adalah kekuatan Taiping. Berterus terang penulis katakan inilah Trek Jamboree yang paling tak menarik dan boleh dikategorikan sebagai ‘laluan mudah’. Kali ini tiada bukit utk didaki, yang ada hanyalah satu ‘gon’ di ladang kelapa sawit. Laluan tahun lepas jauh lebih menarik lagi.
Papan tanda yg kurang dan penanda juga agak mengelirukan bagi sesetengah rider. Rider perlu peka kpd plastik penanda yg digantung di pokok.
HAMBAR kerana laluan tidaklah mencabar
Goodies
Goodiesnya tidaklah semewah, biasa sahaja seperti lain-lain Jamboree.(OK la tu). Di dalam beg tersedia Jersey berlengan panjang, sepeket suntonic dan botol airnya, sebotol air mineral 500ml, no. plet + dawai pengikat, baucer potongan 20% utk makan dikedai pasembor kader dan kopitiam dan risalah pekan Taiping.
Makanan
Masalah minuman tidak berulang lagi. Kali ini setiap CP ada tersedia air mineral. Di CP3 pula ada air dan pisang.
Makan tengahari, 2 mata hidangan dan tembikai mencukupi lagi sedap. Air suntonic dan teh ais yg lebih dari mencukupi di sediakan di khemah.
Hadiah
Kali ini penulis berjaya mendapatkan kedudukan yang agak baik dan mencatatkan masa yang agak baik juga. Mungkin ada beberapa faktur(di atas) yang memberi kelebihan pada penulis?
Semestinya Top 10 akan diberikan hadiah bahkan peserta terakhir juga mendapat hadiahnya.(alhamdulillah – penghargaan kerana berjaya jua sempurnakan kayuhan – ±12.15 tgh).
Seperti biasa, penulis juga tidak bernasib baik kerana semua cabutan bertuah dimiliki oleh rider lainnya. Hadiah utamanya adalah berupa 2 unit frame GIANT ATX 7.
HAMBAR kerana masih tidak bertuah
Penyokong dari kalangan anak-anak Tahfiz wooooo
8.15am di CP2 – sdr Nordin - mai minum ayiaq dulu
Nasib baikla tak ujan pagi tadi – kalau tidak !
9.10am – Di CP3
Bukit ni la yang mencabar sikit - kalau naik fixie pun boleh lepas ni
9.30am - CP4
9.45am : Yeah .. 135 minit - berjaya menyudahkan hingga ke CP5
Sdr Raja dari Lumut – masih bersemangat utk kayuh kali ini
Si cilik pun dapat hadiahnya – tempat ke berapa tu?
Lelaki di belakang Tabir - KUALE JAMBOREE ; Sdr Razak
Kemenangan berganda
Barisan hadiah kpd pemenang dan pada yang bertuah sahaja
Menaruh harapan : Frame GIANT ATX 7 (> RM1,000.00: Mahai tuuuu)
Makanan Tengahari: 2 mata + buah tembikai
Lagi gambar di FACEBOOK