Tarikh : 17/12/2010 Harinya Jumaat
Masa: 7.10am
Lokasi: Stadium Darulaman, Alor Setar, Kedah
Laluan: Stadium Darulaman – Kuala Kedah – Sg. Baru – Alor Janggus – Musium Padi – Anak Bukit
Rider: ± 300 orang
Acara ini adalah anjuran bersama Lions Club Alor Setar dan Alor Setar LM Biker yg bertujuan mewujudkan gayahidup dan persekitaran yg sihat.
Seramai 18 Geng Gerek Baru mendaftar untuk kayuhan ini tetapi yg hadir seramai 15 orang iaitu Jamaludin Air Force, Ustaz Raja, Raja Aezly(Abg. Ustz Raja), Amir, Zaim, Senu, Yap Poli, Hamzani, Jas, Rizal RB, Pudin dan 3 orang Junior Gerek Baru iaitu Along, Hafiz dan Izuddin.
Laluan yg dikuti 80% adalah laluan ‘terbalik’ KAYUHAN JELAPANG PADI 2010 tempohari tetapi laluannya tarmac yg pasti tak kotorkan baju dan basikal.
Acara ini bukanlah satu perlumbaan, oleh itu kayuhannya adalah sangat santai dgn kelajuan ± 25km/j sahaja.
Makanan dan minuman yg disediakan memadai dgn bayaran RM10.00 ..berbalaoi-baloilah. Di FP berkaton-katon 100 plus dan air mineral disediakan, berguni-guni roti planta dan bertandan-tandan pisang disediakan utk diambil sendiri. Makanan tengahari pulak ok. la ..nasi ayam. Pendaftaran utk tuntut goodies dibuat setelah kayuhan tamat(Nasib baik tak cabut awai dipertengahan jalan tadi)
Apapun enjoylah kayuhan ini ditambah ada aktiviti dihari cuti ini dan bertepatan dgn temanya a healthy lifestyle and greener environment.
6.40am dah berkumpul di kawasan Stadium Darulaman dan dilepaskan pada jam 7.10am
Basikal nipon pun ada gak
Regroup di Kuala Kedah – beberapa geng Gerek Baru – Hafiz turut kelihatan( mai join team kami)
Diatas Jambatan TOK PASAI, Kuala Kedah
Tokei kedai Basikal Muwira dan Yue bike
Sila ooo sila ..mai ambik apa yg ada
Dari kiri(depan): Din Air Force, Izuddin, Along, Hafiz, Yap, Ustaz- Belakang, Hamzani, Senu dan Zaim
Amir dan Geng Lions Club Sek Keat Hwa – bagus kebersihan dititik beratkan bertepatan dgn tema
2 Raja bersaudara dari Gerek Baru – melewati Muzium Padi, Gunung Keriang
Tandem Bike – pelbagai peringkat umur ada
Dihadapan Istana Anak Bukit
Jangan potong pickup ini … pasai tu la santai kayuh
10.00am - Dah Sampai
Antara hadiah cabutan bertuah
Pendaftaran: selepas kayuh baru boleh claim goodies
Penny Farthing – high wheel (agak2 pasai apa boh nama ni – mungkin duit dimaksud?)
Kreatif: Nikon D50 + remote
Gamabar bercerita: ambik no tel. nya utk maklumat lanjut
Lagi gambar di Facebook KLIK
No comments:
Post a Comment