Wednesday, December 15, 2010

Nostalgia Burger Di Alor Setar

Tahukah Anda bahawa restoren franchais A&W menjadi restoren makanan segera yang pertama dibuka di Malaysia. Ianya dibuka dalam tahun 1963 di Jalan Tunku Abdul Rahman.

KFC pula menapak di Malaysia dalam tahun 1973. Mc Donald pula mula beroperasi di Bukit Bintang dalam tahun 1982. Ramly Burger pula(Kini RAMLY FOOD PROCESSING SDN BHD) diasaskan dalam tahun 1984 oleh Dato' Haji Ramly B. Mokni dan Datin Hajjah Shala Siah Bt. Abdul Manap. Hasil dari cetusan idea dan hasrat murni untuk mengeluarkan produk yang halal, bersih dan bermutu.

KLIK  IMEJ di bawah untuk fakta tentang Ramly Burger

Tahukah juga Anda bahawa  Megat Shaharin Bin Megat Hashim atau Bro Megat adalah peniaga Burger Pertama Di Alor Setar.  Beliau telah mula menjalankan perniagaannya sejak tahun 1975 dengan menggunakan daging burger dari jenama Fitzpatrick.(Ditanggung Halal).  Diketika KFC baru menapak dan McD masih tak ketahuan punca dimana nak berniaga yang menjadikan satu budaya makan yang janggal lagi aneh kepada masyarakat waktu tersebut, jadi tidak ramai yg ‘reti’ makan burger.  Kini makanan ala ini mendapat tempat di hati remaja(juga bukan remaja)  dan menjadi sebahagian dari cara hidup(makanan).

Lokasi awal perniagaan beliau adalah di lorong padi bersebelahan dengan  Pejabat Pos Jalan Tunku Ibrahim.

Time tu ROCK abis bro kita ni..siap Motor besar (Nota: Gambar atas adalah dari koleksi peribadinya)

Lokasi asal beliau berniaga(Bulatan)

Beliau masih berniaga dan kini tapak perniagaanya adalah di tapak letak kereta belakang Bangunan Ukir, Alor Setar. Perniagaannya kini diwariskan kepada anaknya(Rupa sepertinya  masa muda-muda dahulu ).

Sahabat MTB kita,  bro Rock juga menjalankan perniagaan bersamanya(sebelah petang)

Kini beliau hanya  menggunakan daging burger keluaran Bumiputera iaitu RAMLY yang semestinya kehalalan terjamin. Bagi yang biasa memakan pasti mengetahui akan keistimewaan burgernya, sebab itu beliau mempunyai pelanggannya yang tersendiri.

4 comments:

  1. assalamualaikum bang pudin,

    tertarik dgn kisah burger pertama di alor setar ini, ingin saya menambah beberapa fakta yg tidak diketahui ramai. sebenarnya perniagaan burger ini dibuka dgn rasminya di lorong padi bersebelahan
    dengan pejabat pos jalan tunku ibrahim pada tahun 1979. setelah beberapa ketika ia berpindah di penjuru simpang lorong padi (hadapan stadium dato' syed omar) bersama dgn seorang aci yg menjual masalode.
    en megat bersama rakan kongsinya en juki (berbaju biru) bermula dgn modal lebih kurang RM1500 pada waktu itu. kedua-dua mereka berasal dari bukit mertajam, s perai. di awal perniagaan mereka, ia turut dibantu oleh
    en salim dan di sekitar tahun 1982, en juki telah berhijrah ke kelantan dan en megat terus menjalankan perniagaan tersebut sehingga kini. pada waktu itu mereka mendapatkan bekalan daging burger di cold storage butterworth
    kerana ianya belum lagi terdapat di alor setar. restoran barkath (hadapan staduim dato' syed omar pd waktu itu) adalah tempat mereka menyimpan stok daging tersebut manakala stall mereka disimpan di tempat letak kereta
    berhampiran pusat dakwah (skrg city point).

    mereka juga turut memperkenalkan papa, mama, baby burger dan juga hot dog serta egg banjo. untuk sos mereka menggunakan sos cili dan tomato keluaran maggi, del monte dan kimball. kertas surih (tracing paper) juga
    digunakan sebagai pelapik burger mereka (skrg menggunakan kertas plastik). di sekitar tahun 1981, sayalah budak lelaki yg bertanggungjawab mengumpul botol-botol sos kosong untuk dijual...

    sudah lama sungguh saya tidak bertemu dgn en megat.

    ReplyDelete
  2. TQ BR atas maklumat tambahan..
    Tak sangka anda juga pernah terlibat secara langsung dengan bro Megat yang juga sahabat saya

    ReplyDelete
  3. The legend burger in alor setar. 1983 saya membantu emak dan ayah saya berniaga cucur udang di stesen teksi hadapan kedah supermarket

    ReplyDelete