Tarikh: 10/12/2010, Jumaat
Lokasi: Fraser’s Silverpark Resort, Bukit Fraser, Pahang
Misi: Mesyuarat MBJ
Kesempatan cuba diambil untuk membawa basikalku ke Bukit Fraser, namun saat akhir ada masalah teknikal yg membekas kekecewaan dihati utk berkayuh di sana. Bahkan Kayuh Lasak 2010 juga penulis terlepas peluang utk sertainya. Namun apa yg berlaku pasti ada hikmahnya, letih, hujan dan waktu yg tidak sesuai disimpulkan sebagai alasannya.
Walau bagaimanapun, kunjungan ini bolehlah dianggap sebagai ‘Tinjauan Awal’ utk projek kayuhan ke sini(ntah bila tu?)
Bukit Fraser terletak dalam daerah Raub, Pahang. Ianya mendapat nama dari seorang pengembara Inggeris, Louise James Fraser yang datang dan membina sebuah bungalow diakhir abad ke 19. Dimaklumkan botanis terkenal, H.N. Ridley(Kalau sapa mengaji sejarah dulu mesti kenal: Beliaulah yg membawa biji benih getah dari Brazil ke Taman Botani Singapura dan kemudiannya ke Tanah MElayu – Pokok Getah pertama yg ditanam adalah di Kuala Kangsar – masih wujud di perkarangan pejabat daerah Kuala Kangsar) pernah mengunjungi kawasan ini dan mengutip beberapa tumbuhan utk kajian dalam tahun 1897. Dalam Tahun 1910, Bishop CJ Fergusen-Davie dari Singapore telah melawat kawasan ini dan seterusnya mencadangkan agar kawasan ini dibangunkan.
Berada pada ketinggian 1,524 meter dari aras laut yg menjadikannya sebagai kawasan bukit peranginan dgn suhu antara 16°C – 22°C. Dengan suasana dingin lagi nyaman, flora dan fauna disamping menjadi menjadi tarikan kpd penggemar burung dari dalam dan luar negeri. Lebih 270 spesies burung seperti Helang Berjambul, Rimba Murai Bukit, Kelicap Gunung, Burung Matahari Gunung dan lain-lain lagi terdapat disini.
Untuk ke Fraser Hill terpaksa melalui Kuala Kubu Baru dgn jalan berbengkang bengkok sejauh 42km sebelum sampai ke Gap dan terpaksa menunggu giliran dan waktu pula sebelum dapat naik secara sehala sejauh 9km lagi.
Di Gap: Jadual masa yg perlu diikuti untuk naik ke Fraser Hill.
Jarak dari sini 9km jer – kalau kayuh naik lebihkurang 45 minit dgn kelajuan 10 – 15km/j
Dari Tinjauan ini INSYAALAH PENULIS AKAN BERBASIKAL KE SINI SUATU HARI NANTI !
Sebelum Gap – Sempadan daerah Pahang/Selangor
Siap pakai baju Beskal dah .. Tetapi beskal problem plak?
Bilik luas(bertaraf apartment) dok dua orang saja, sejuk nak mampuih ..nasib baik bawa isteri… ahemmmm). Harganya … ntah (ditanggung sepenuhnya)
Dari Apartmenku: Banjaran Titiwangsa
Ni yang syok mai mesyuarat ni: BBQ …kambing(makan samai kenyang), ayam, udang, sotong, jagung dlll lagilah.. Takpi Kayuh Lasak pun takpa.
Bangunan Pejabat Pos - dibina 1925
Kemudahan Telegraf dan telefon dalam tahun 1954,
1919 - Dihadapan balai Polis
No comments:
Post a Comment