Ini adalah model Austalian Country Buggy
Dalam tahun 1967 volkswagen Australasia Ltd telah memulakan projek utk mereka bentuk kenderaan (a jeep type vehicle) yg bersesuai dgn rupabumi Australia. Mula dikeluarkan pada tahun 1967 dan dilengkapi dgn enjin VW 1300cc.
VW buggy ini tidak banyak dikeluarkan dan menurut rekod ± 1956 unit sahaja dikeluarkan. Ianya hanya diexport ke beberapa buah negara sahaja spt Philipphines (dikenali sbg "Sasakyan" ), Singapore dan NZ, oleh itu ia akan menjadi satu kenderaan yg sukar dijumpai kini.
Air cond tak diperlukan, tapi jangan sesekali pasang komponen radio yg mahal - utk elakkan dari pendengar tegar menumpang dan mendapatkan hakmilik padanya. Seriyau juga nak parking merata tempat - takut kena kebas ni .. dah la takdak alarm
Kereta utk menikmati limpahan cahaya suria dan titisan hujan(kalau tak pasang bumbung la).
Jangan terkeliru dgn Volkswagen Kübelwagen ini (Kübelsitzwagen, meaning "bucket seatcar"). Penulis rasa ia tidak terdapat di Malaysia. Ianya direka oleh Ferdinand Porsche dan digunakan secara meluas oleh Jerman semasa Perang Dunia ke-2
Combi atau Type 2(generasi ke 2 – diperkenalkan pada tahun 1967). Sangat popular zaman Hippies dahulu. Rasanya keluaran akhir tahun 60an atau awal 70an. Penulis pernah naik model ini rombongan ke Pahang pada tahun 1971 utk majlis perkahwinan Pak Menakan.
VW microbus concept – kelahiran semula combi(takdak la di Malaysia )
Apakah ini porshe atau VW ? Aku semasa di zaman remaja. Bersama Nikon SLR FM1. Hampir semua event aku pasti ada. Lokasi: Jalan Kolam Air: Dibelakang sana adalah perpustakaan lama sebelum terdirinya bangunan baru (Gambar tahun 1990)
No comments:
Post a Comment