Thursday, December 16, 2010

Kayuhan Rutin Malam: Bukit Lenguh Race

Tarikh: 14/12/2010

Hari: Selasa Malam Rabu

Mula: 9.00pm dari Redflag Bike Shoppe

Jarak: 30.38km

Kelajuan: 28 – 35 km/j

Rider: 18 orang

Aktiviti malam ni menampil gabungan rider Jitra seperti Jeff aka Keladi Utan, Nasrul aka Lontruth, Khusairi aka Sudan, Naim, Khairul Azuan, Art IKBN, Zn GB, Ustaz Raja, Zaim, Senu, Alias bersama anaknya Along Aiman, Art TTBC, Din Air Force, Yap poli, Fauzi dan Pudin

imageKayuhan Selasa Malam adalah Rutin mingguan team  Redflag. Malam ini Kayuhan utk kelajuan dan stamina. Melewati sahaja Simpang Darulaman Golf Club(DGCC) rider mula berlumba-lumba melajukan kayuhan(avr. 32km/h) dgn Keladi Utan sentiasa berada dihadapan utk menetapkan kelajauan maksima  group. Tetapi apabila melalui sahaja Bukit Lenguh  maka bermulalah cabaranya. Siapa yg mencapai 20km/h ke atas adalah pendahulunya.

Bukit Lenguh adalah sebahagian dari laluan Kedah Jamboree 2009 lalu. Ramai juga yg kecundang di sini tempohari. Dengan ketinggian 97m, kecerunan hampir 30° dan sepanjang ± 1km ditambah dgn kegelapan malam, pastilah akan terasa peritnya ditambah lagi dok fikir nak kena tinggai. Namun tidak ada siapa yg menolak basikal dan tidak ada siapa yg ditinggalkan kerana sudah pasti akan ada yg menunggu di puncak sana.

Ustaz Raja(kiri) semua pakat ber ba’iah padanya hari ini. Berjaya mengatur utk meramaikan kayuhan

Art TTBC dan Zn sedang berbincang mengenai Kayuh Lasak 2010

menanti lampu hijau utk memecut

Tudia ..semua pakat melaju

Habis kayuhan – berbincang utk aktiviti berikutnya

Habuannya setelah penat kayuh

SEMUA RIDER DIJEMPUT HADIR UTK KAYUHAN KE GUAR NAPAI

Bila: HARI AHAD – 19/12/2010

Masa: Lepas isya’ 9.00 malam golek la

Mula : ALIAS BIKE SHOPPE(Tmn. Suria, Jitra) Jalan Hospital

Jarak: ±50km     BATAL – Tunda ke 20/12/2010 ke Bkt Lengoh

No comments:

Post a Comment