Tarikh: 28 Disember 2010 : jam 5.30ptg
Lokasi: Bukit Kelubi- Belakang Taman Tunku Sarina, Jitra, Kedah
Misi: Melihat, Menilai dan Mencuba Trek DH
Aku sudah beberapa kali diajak untuk menjamah trek ini, namun masih belum tergerak hati untuk ke sana mungkin kerana ‘genre’nya yang berbeza. Oleh itu masih samar-sama kedudukannya dimana lokasi trek ini yg bakal dijadikan sebagai salah satu event didalam Kalendar DH di Malaysia.
Rupa-rupanya lokasinya tidaklah jauh dari bukit-bukit yang selalu kami daki, bersebelahan benar dgn bukit yang pernah kami redahi. Lokasinya bersempadanan dengan Kelab Golf Darulaman (DGCC). Berada dalam kawasan elit, kawasan yang rata telah diterangkan menjadi sangat lapang sesuai utk parkir kereta kami.
Setelah melihat sendiri trek ini, tahniah diucapkan kepada ZAM and the gang, Alor Setar Street Bike dan yang seangkatan dengannya. Kini bolehlah kita sama berdiri tanpa rasa rendah diri maknanya kita mampu menjadikan dan mempelbagaikan trek di sekitar Jitra ini. Segala usaha mereka pasti akan berbaloi. Tahniah juga pada sdr Lont yang tidak jemu-jemu memaklumkan kesedarpan menunggang DH bike sambil mencurah racun dan asid yang berbisa kepada kami.
TUNGGULAH JIKA TIADA ARAL MELINTANG, JIKA SEGALA PERANCANGAN BERJALAN LANCAR – Satu event DH bertaraf kebangsaan akan dibuat di sini, seawalnya pertengahan tahun hadapan … INSYAALLAH berjayalah hendaknya. (yang penting:– kerjasama dan usaha)
Jalan masuk untuk ke trek – nun dihujung sana letaknya trek
Lonth di puncak kesedarpannya(adrenaline up)
Hu hu hu .. kecekapan diuji disini
lajuuuuuuuuuu
Aksi hebat .. hingga terkeluar tayar dalam
Teraju utama: Wan Blizt, Rizal, Gon Aterton, Yeti Yamm, Lont, Aku Botak, Khairul, Wan dan Zam
Di belakang adalah panel penilai trek : Art IKBN, Kapten Jamal, Putera Shariman, Chomel(Ketua Juri) dan Chegu Geja Matobo
Lagi Gambar di facebook
No comments:
Post a Comment