Dari Kiri: Hamzani, Syam, Adli, Ustaz dan Zn
Tarikh: 04/12/2010 Harinya Sabtu
Time Mula : 7.30am
Mula: Alias Bike Shoppe, Kg. Gelam, Jitra, Kedah
Jarak : ± 30km
Rider : 15 Orang
Senu, Zn Gerek Baru, Ustaz Raja, Syam RFC, Art TT Besi, Art Public, Hamzani aka Art juga, Rizal RB, Yap Poli, Adli UUM, Along, Hafiz dan Pudin. 2 Orang tetamu dari Merida Clan Alor Setar Cikgu Mohd. Fisol dan Asnizam
CP3 adalah salah satu laluan Kedah Jamboree 2009 dahulu. Laluannya berteknikal dgn berbatu memang menguji kemahiran rider untuk mendaki dan men’DH’nya.
Memang lama kami tidak ke sini, apatah lagi setelah saudara Lontruth memaklumkan bahawa laluan ini amat teruk tempohari. Tetapi apabila kami ke sini hari ini, wow! best .. jalan sudah ditolak cantik. Namun semakin banyak juga batu-batu ‘terbungkin’ akibat hakisan air hujan dibeberapa tempat. Ini akan memberi lebih cabaran dan menguji kemahiran rider. Mungkin kerana itulah ramai team Jitra tidak jemu-jemu mengunjunginya
Trek kawasan Jitra memang menyediakan laluan yg pelbagai. Kepelbagaian treknya dengan bukit bukau yg pasti menyediakan pendakian dan penurunan menarik. Flora dan Fauna di dalam hutannya, kebun getah dan ladang kelapa sawit, rekreasi dgn ayer terjun yg menenangkan jiwa, ladang jati dan semestinya sawah padi yg terbentang kuas. Bahkan masih ada banyak lagi kawasan yg belum diterokai sepenuhnya.
Pada yg berminat utk menerokai laluan di sini, jgn segan dan malu..silalah hubungi kami utk sama-sama menjelajahi sambil menikmati keindahannya
LAYAN…..
Memulakan kayuhan dgn bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Raja
Kelompok pertama – kayuhan hari ini dikepalai oleh sdr. Senu diikuti rider Jr. yg bersemangat sekali
Ku tetap gagahi menawannya walaupun penat tak terhingga, namun rakanku tewas jua. Kayuhan pertama selepas sembuh dgn hampir 3 bulan terpaksa berehat
CP1 .. berehat sambil menanti rakan utk bersatu semula
Laluan yg berbatu ..tiada masalah pada cikgu Fisol .. pengalaman di Peace Ride Jamboree Gopeng tempohari mengajar erti sebenar pendakian berbatu
Geng Merida Clan Alor Setar (Nizam dan Cikgu Fisol) – huyooo helmet urge
Masih semak spt dahulu
Balak yg ditebang … sayang tidak diganti semula ..bahkan banyak hutan di sini telah diterokai (secara haram??). Tetapi ada baiknya juga, kerana laluan/denai percuma tersedia utk kami ..
Terpaksa menanggung di kecerunan hampir 40o
Awat ni … tayar pancat ka?
ooo dok BERSANTAI .. menikmati keindahan alam di sini .. Walaupun tiada tilam yg empok, hanyalah beralas sebatang balak, diketika ini nikmat dan ‘nilai faedahnya’ amatlah tinggi -
jaga jgn sampai terlena dah ..rimau ada sini wooo
Art & Art – erti persahabatan pasti tak tinggai kawan ( inilah penangan 3 bulan tak kayuh)
Cabaran di laluan jalanraya. Tarikkk senu - dgn diikuti oleh Ustaz dan lain-lain
mengukur kejauhan - Jagaaa ini bukan speedtrap
Teh Tarik Session(TTS) – Berbincang utk aktiviti berikutnya:-
Padang Besar – Hadyai(07/12/2010), Kayuh Lasak(12/12/2010), Fun Ride Alor Setar - CYCLE FOR HEALTH & ENVIROMENT(17/12/2010) dan kayuhan mingguan dan malam hari.
No comments:
Post a Comment