Jarak : 53km
Mula: Stadium Darulaman, Alor Setar, Kedah
Peserta: >380 orang
Flag Off : 7:55am Oleh KDYMM Sultanah Kedah, Tuanku Sultanah Hajjah Hamimah Hj Hamidun
Cadangan asal nak mengayuh dari rumahku ke Stadium, dgn hujan yg lebat, maka terpaksalah ubah plan dgn menaiki kereta bersama Shafiq(mewakili Art Titi Besi) ke sana pada jam 6.30am.
Alhamdulillah dapat bertemu ramai sahabat(itulah seronoknya bila aktiviti sebegini diadakan) Kayuhan kali ini beraksi dgn Gary Fisher(alamak berlemoih- patutnya bawa Nakamura). Walaupun aku mengalami sedikit kemalangan namun aku berjaya menghabiskan kayuhan ini dgn jayanya.
Terimakasih, penganjur dan semua sahabat dan rakan-rakanku yang sama-sama menjayakan acara ini. INSYAALAH penulis tetap memberi sokongan sepenuhnya dgn menyertai semua aktiviti MTB terutama di kawasan utara ini.
Tidak banyak gambar kali ini kerana dibatasi dgn hujan.
Syafiq: Tahniah ..dapat tempat ke 93 walaupun pertama kali menyertai acara sebegini.
Oldman@Them: pertama kali bersua .. kayuhan yg bergaya dan Tuan Saifuzie (kanan)
Kiri sekali: anak didik Bang Man Airod: kuat depa ni .
Ravi..pemegang plet No. 2 .. antara top 10
Beberapa rider yang tidak sabar utk beraksi
Team PERWAJA: Saudara Halim dan Yusri
En. Azali dari GB team, antara yg berada di saf hadapan
7:53am ..Tuanku Hamimah nak membunyikan semboyan ..
8:07am, Jalan Bendang ..melepasi Jln Suka Menanti menuju ke Kg. Sg. Baru..permulaan utk berlemuih
8:35am: Hujan renyai: di jalan gunung ke Alor Janggus selepas melepasi CP1
9:40am - CP4 ,,berdekatan Sek. Keb. Sungai Baru ..
Beginilah suasananya di Bendang ..time menanam
Muhd Khairul Syafiq Bin Azahar di laluan tepi pantai(Kuala Kedah): TQ Adihariman atas fotonya
Orang kuat Gerek Baru & Gerek Bendang (GB & GB)
No comments:
Post a Comment