Translator

Tuesday, May 25, 2010

Ruby Mini Cycle

Awal 70 an .. basikal mini diperkenalkan. Cerita ultraman mempopularkan lagi basikal ini. 

Sebuah basikal yang dihias dgn. rambu-rambu di hujung kedua gripnya. Talian brek dihiasi dgn gelungan plastik yg berwarna menjadikan basikal tampak ranggi. Dan yg uniknya bunyi brek belakangnya yg mencerit nyaring.

Basikal mini ini dibeli oleh bapaku dalam tahun 1972/1973 sbg hadiah kpd abangku yang berjaya di dalam peperiksaan penilaian darjah 5 yg membolehkan dia memasuki asrama penuh(Sek. Men. Sultan Abdul Halim, Jenan). Basikal itu seterusnya menjadi milikku dan digunakan utk berulang ke sekolah, pasar dan kedai atas arahan ibuku.

65% masih lagi dalam keadaan asal, frame yg asal dgn logonya

Peti rantai - aku menggantikan dgn jenis terbuka bagi memudahkan rantai yg sering jatuh diperbetulkan, disamping mengelakan kotoran yg melekat di peti tsb

Yang penting breknya ... bunyi menceritnya dah kurang

No. sirinya ..(no. pendaftaran - ditulis di dalam gerannya)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...