16 Mei adalah HARI GURU, dan aku terkenangkan kpd sekolah rendahku dahulu.. aku mula masuk ke Sekolah Rendah Alor Setar(Kalau cari memang tak jumpa punya) terletak berdekatan sekolah Iskandar dan Kolej Sultan Abdul Hamid, Kemudian ia berpindah ke kompleks Alor Malai dan menjadi Sekolah Rendah Haji Mohd. Shariff. Aku menjadi antara murid pertama yg merasmikan sekolah tersebut dan adalah penuntut kelas 'lompat'. Tidak hairanlah aku adalah antara pelajar paling muda dalam beberapa peringkat seterusnya.
Apa khabar Cikgu Ariffin(Guru Besar), Guru kelasku Cikgu Ahmad Awang(dikhabarkan telah meninggal dunia), Cikgu Yahya, Cikgu Maimunah, Ustaz Abu Bakar(aku pernah dihukum olehnya) dan lain-lain lagi.
Terima kasih wahai guru-guruku,
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Petikan dari Sajak Guru O Guru karya USMAN AWANG - 1979
Cikgu Ahmad Awang masih ada, tinggal d taman uda...
ReplyDeleteSek Ren Hj Mohd Shariff,ada tak persatuan bekas pelajar?
ReplyDeleteTak pasti
Delete