Tuesday, May 18, 2010

KAYUHAN ZIARAH - Rakan Bonsai

Tarikh: Jumaat, 14/10/2010

Jarak : 31km

Kelajuan Kayuhan: 28 - 32km/h

Laluan: Ayer Hitam - Matang Paku - Pida 2 - Telaga Batu - Anak Bukit - Titi Gajah

Misi: Ziarah Ibu bapa & Sahabat Bonsai

Rutin mingguanku pulang ke rumah ibuku di Ayer Hitam,Kedah walaubagaimanapun minggu ini membawa basikal ke Ayer Hitam dan kayuh balik ke rumah(kerana nak elak rintangan angin). Dalam perjalanan singgah ke rumah Hamzah Bin Haji Man yg terletak di belakang Sekolah Kebangsaan Matang Paku(Kg. Matang Bongok, 06150 Alor Setar, Kedah).

Beliau dikenali sebagai Pak Mat dan telah lama berkecimpung dalam seni bonsai. Beliau juga merupakan Presiden Persatuan Seni Bonsai Kedah/Perlis (PSBKPs). Beliau berperanan menggerakkan aktiviti bonsai di utara kedah. Tidak hairanlah kawasan rumahnya di penuhi dgn pohon bonsai lebih dari 200 pokok dan mempunyai halaman yg cantik dan menarik.

Beliau banyak menggunakan pohon tempatan sebagai bonsai.. antaranya kemuning@sedap malam (muraya paniculata). Banyak pohonnya itu telah terjual hingga ke Kelantan

Pohon bebaru(Hibiscus tiliaceus) yg diperolehinya di Kelantan .. jauh lagi perjalanannya utk menjadi sepohon bonsai.

Kini koleksi bonsainya banyak terdiri dari pohon cucur atap@coreng atap (Baeckea frutescens). Pohon ini diperolehi dari Terengganu.

Pohon bebuas (Premna Microphylla) species pulau ..telah di kacukkan dgn benih taiwan .. Species ini kini banyak dipertandingankan hingga ke peringkat antarabangsa.

Sengaja pulang melalui jalan pida bagi mengamati beberapa pohon pukul lima utk diadaptasikan ke bonsaiku disamping menikmati keindahan alam

No comments:

Post a Comment