Translator

Thursday, May 20, 2010

MASJID LAMA PENGKALAN KAKAP

Minatku dalam senibina lama timbul apabila rumah yang ku duduki dahulu dirobohkan.
Perjalanan ke Sungai Petani meruntun hatiku untuk menjengah ke sebuah masjid yang diberitakan sebagai masjid tertua dibina di daerah Mebok
Lokasinya: Kampung Pengkalan Kakap, Merbuk, Kedah Darul Aman.
ZOOOMMKAN:
Dibina sekitar tahun 1800 dan merupakan masjid tertua sekitar Merbok, Tanjung Dawai, Bujang, Semeling dan Bedong.
Didirikan oleh tukang Tok Man dibawah kelolaan Penghulu Haji Mat Salleh.
Di Masjid inilah YTM Sultan Abdul Hamid(Sultan Kedah Ke 25) selalu datang berehat semasa baginda mengadakan lawatan ke Daerah Kuala Muda.
Bangunan masjid ini telah siap dibaikpulih dalam tahun 1994 di bawah kelolaan Jabatan Muzium dan Antikuiti.
Bangunan itu mempunyai empat tiang seri, tiga buah pintu utama dan terdapat lengkungan di bahagian hadapan yang dipercayai mihrab selain mempunyai koridor di bahagian tepi.
Lihat atap Bumbungnya
PERHATIAN: Mohon dimaklumkan sekiranya ada masjid-masjid lama yang terdapat di tempat anda..

5 comments:

  1. Tajuddin Mohd Yusoff11:34 AM, July 16, 2012

    Can i share this photos and info on my FB?

    ReplyDelete
  2. Di padang serai, Kulim Kedah. Boleh cari masjid Nagor, masjid kecil yg memang lama binaannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Roslin .. insyaallah akan berusaha mendapatkan maklumat dan gambar

      Delete
  3. Maajid ni ada tak sumber jurnal dan manuskrip..nak guna buat sejarah Pt3

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...