Thursday, May 20, 2010

MASJID LAMA PENGKALAN KAKAP

Minatku dalam senibina lama timbul apabila rumah yang ku duduki dahulu dirobohkan.

Perjalanan ke Sungai Petani meruntun hatiku untuk menjengah ke sebuah masjid yang diberitakan sebagai masjid tertua dibina di daerah Mebok

Lokasinya: Kampung Pengkalan Kakap, Merbuk, Kedah Darul Aman.

ZOOOMMKAN:

Dibina sekitar tahun 1800 dan merupakan masjid tertua sekitar Merbok, Tanjung Dawai, Bujang, Semeling dan Bedong.  Didirikan oleh tukang Tok Man dibawah kelolaan Penghulu Haji Mat Salleh.

Di Masjid inilah YTM Sultan Abdul Hamid(Sultan Kedah Ke 25) selalu datang berehat semasa baginda mengadakan lawatan ke Daerah Kuala Muda.

Bangunan masjid ini telah siap dibaikpulih dalam tahun 1994 di bawah kelolaan Jabatan Muzium dan Antikuiti.

Bahagian utama masjid ini berbentuk segi empat. Masjid yang mempunyai bumbung 2 lapisan dengan bentuk bumbung perabung lima (bumbung limas) dan dari atap jenis singgora. Ia sepanjang ± 15 meter dan lebar 12 meter, mempunyai enam tiang seri yang menyokong bumbungnya. Terdapat lapan bukaan tingkap dan tiga bukaan pintu bersaiz ± 1 meter x 2 meter. Pintunya diperbuat daripada kayu memiliki dua daun. Dengan jumlah tingkap sebanyak 6 buah dapat memberi pencahayaan yang sempurna kepada masjid ini. Terdapat lengkungan di bahagian hadapan yang dipercayai mihrab selain mempunyai koridor di bahagian tepi.

12 comments:

  1. Tajuddin Mohd Yusoff11:34 AM, July 16, 2012

    Can i share this photos and info on my FB?

    ReplyDelete
  2. Di padang serai, Kulim Kedah. Boleh cari masjid Nagor, masjid kecil yg memang lama binaannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Roslin .. insyaallah akan berusaha mendapatkan maklumat dan gambar

      Delete
  3. Maajid ni ada tak sumber jurnal dan manuskrip..nak guna buat sejarah Pt3

    ReplyDelete
  4. Boleh Share Tentang Kepentingan Seni Bina Ni?

    ReplyDelete
  5. Izinkan saya gunakan bahan tulisan tuan utk penceritaan saya Kepada pelancong

    ReplyDelete
  6. sejarah masjid merbok

    ReplyDelete