Translator

Wednesday, May 19, 2010

JALAN-JALAN CARI MAKAN

Berapa tempat makan yang menjadi pilihanku:

Dee Pumpong yang terletak di rumah kedai, Jalan Pumpong, 05220 Alor Setar, Kedah. Lebihkurang 4km dari Alor Setar. Dengan mengikuti jalan melalui Stadium Darul Aman ke Lapangan terbang Kepala Batas.

Kedai ini pernah mendapat liputan dari Rancangan mencari makan dari NTV7

Lauk-pauk yang beraneka, harga yang boleh tahan dan yang pasti yang lazat.

Kedai diperluas hingga ke belakang

Tapi ini bukan tokeynya ...

Ini satu lagi kedai berdekatan ...lauknya hampir sama. Saudara kpd Restoren Mustafa yg terkenal dahulu

Lain-lain tempat makan(kalau nak makan sedap:katanya blogtu)) : klik sini

SELOKA ORANG KEDAH

Mai Cek Oi Mai Cek Mai
Kita Ke Negeqhi Kedah
Mai Oi Bagi Qhamai
Jamu Nasik Kawah

Naik Kapai Teqhebang
Tuqhun Kepala Batayh
Makan Toksah Bimbang
Kami Banyak Beqhayh

Ikut Lebuhqhaya
Teqhuih Ke Kayu Hitam
Jaga Cek Oi Jaga
Qheta Meneqhu-Neqhang
Qheta Meneqhu-Meneqhang

Mengkala Mai Kedah
Singgah Lah Ke Pekan Qhabu
Minum Nira Nipah
Makan Emping Keqhabu

Kot Lah Qhasanya Penat
Jom Pi Ke Langkawi
Langgah Ayaq Gamat
Minumlah Ayaq Tongkat Ali
Langgah Ayaq Gamat
Muka Naik Seqhi

Kedah Sudahla Maju
Tak Lagi Macam Lah Dulu
Qhumah Seqheba Baqhu
Kenduri Ada Selalu

Tengok Sana Sini
Pembangunan Seqhata Negeqhi
Ada Mesin Padi
Ada Kelang Besi

Melawak Oqhang Kedah
Jangan Cepat Teqhasa
Toksah Dok Kesah
Bekawan Cepat Meseqha

Lirik oleh sahabatku En. Shaidun Haji Shaari - Bekas Ketua Satu Angkatan Sasterawan Kedah (ASASI) yg bergabung di bawah GAPENA

SEKIAN ADANYA

PARA RIDER: SELAMAT DATANG KE KAYUHAN JELAPANG PADI

No comments:

Related Posts with Thumbnails