
Tarikh : 31 Oktober 2010 (Ahad)
Mula : 07.30 Pagi
Tempat Mula/Tamat : Laman Budaya/Arena Square Kuala Kangsar.
Jarak Kayuhan : ± 50 Km
Hampir 1,000 orang rider hadir dan hampir 1040 orang telah mendaftarkan diri utk Jamboree ini. Penulis mewakili Team Jitra ke Jamboree ini kerana yang lainnya ke Burung Hantu Ride di Melaka.
Tidak terkilan penulis memilih Jamboree ini kerana apa yg ditawarkan tidaklah mengecewakan. Dari segi pengurusan, laluan, makanan dan goodies sudah memadai. Beberapa masalah kecil lainnya bolehlah dipertingkatkan spt lokasi tempat letak kereta, bantuan kecemasan dan sebagainya lagi.
Secara peribadi penulis menarafkan 8/10 utk keseluruhan Jamboree ini.
Apa yang seronoknya dalam setiap Jamboree adalah peluang bertemu rakan-rakan sosial spt blogger D-One, Chaon dari SAT dan lain-lain lagi, bahkan ianya juga menemukan penulis dgn rakan lama, sdr Raif Rahim(Geng Pawana - setelah 20 tak jumpa - walau sentiasa bersama kayuh dalam beberapa Jamboree).

11.10am – 30/10/2010 Ambil Goodies – bergambar bersama En. Razak

6.50am – sudah berada di tempat permulaan: Bermalam di rumah mak saudara di Bukit Kerajaan yg jaraknya hanya 1km sahaja

7.23am – masing-masing sudah bersedia utk belepas




Spt. ku kenal 2 org rider ni terutama yg berjersi Kedah Jamboree tu ? Geng Soo Beng ni

Zam Gerek Bukit ..



Tang ni dah mula sesak .. single track – laluan sempit




Hello MIZI :

9.10am - CP2

Berbual bersama rider Taiping ni : Sdr. Jamil

9.30am – Feeding Point : Pisang + mineral water

10:05am CP3

10:06am ..Suntonic freeeeeee ..lama sungguh ku menantiii

Aku cukup teruja disini ..tapi tak berapa berani nak layan …. masih fobia

Ishhhh ..diluncur turunkan basikalnya sebegitu …

Yes Hairi …..

Memasuki perkampungan yg cantik ..Talang Changkat dan Talang Dusun. Aku akan ke sini selepas ini.


Bersama Raif Turbo(Tengah) dari Pawana Rider dan rakannya. Kayuhan Kuale ini telah menemukan kembali kami setelah 20 tahun tidak bersua.

Saudara Sharul Azni dan Nirwan. Sebelum ini hanya bersua di alam siber
TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA PENGANJUR dan semua yg terlibat secara langsung atau tidak langsung. SYABAS SAUDARA ABDUL RAZAK BIN ZAINUDDIN, Penulis berkesempatan melihat caranya berkerja. Terima kasih dan Tahniah atas kejayaan penganjuran ini.
No comments:
Post a Comment