Monday, November 15, 2010

2010 Kedah Jamboree Bantuan Banjir: Menyahut Seruan

Tarikh: 13 November 2010, Sabtu

Lokasi: Kg. Gunung Keriang

‘Berat Mata Memandang Berat Lagi Bahu Memikul’ – Banjir meninggal ‘kesan’ yg mendalam kpd yg terlibat. Kerosakan barangan dan yg memenatkan nak cuci rumah.

Apabila Sdr Suheilmy(SUMI) menggerakkan 2010 Jamboree Bantuan Banjir penulis menyahut seruannya kerana merasakan ini adalah sebahagian dari sumbangan komuniti MTB kepada masyarakat.

Seramai hampir 20 orang terlibat, antaranya Tok Megat(Baling) dan keluarganya, Sumi(Kulim), Tandope, Chomelfz, Din Merida(Bersama anak-anaknya), 3 orang pelajar universiti dari Alumni Yayasan Tun Abdul Razak(YM Tengku Haris, Melvin & Racheal), saudara Rosdi dan Pudin.

Konvoi bermula dari rumah Din Merida di Tandop dan bergabung dgn penulis di Sekolah Kebangsaan Sungai Baru. Bagi memulakan kerja, kami singgah di pejabat penghulu Mukim Gunung bagi mendapat gambaran dan mengkoordinasikan kerja-kerja pembersihan.

Penulis merasa cukup terharu, apabila terdapat 2 orang pelajar Cina dan Tengku Haris(Kerabat Sultan Kelantan)dari Yayasan Tun Abdul Razak(YTAR) menyertai team kami sama-sama membersihkan rumah mangsa banjir. Dimaklumkan pada hari ini(Ahad) akan ada lagi pelajar dari YTAR ini datang utk bersama team Sumi membersihkan rumah ditempat lain pula.

KAYUH & KHIDMAT

Kenderaan Gerombolan yg lengkap dgn segala keperluan utk pembersihan

SUMI Dan DIN berbincang dgn pihak RELA sebelum memulakan kerja

Petugas RELA membahagikan kerja yg bakal dilaksanakan

  Perghhh ..cayalah .. Tandope, Chomel dan DIN Merida.. Tandope siap beli Water Jet baru semata-mata utk program ini.

Antara rumah yg terjejas

Student MAHSA, SUMI, ROSDI, Racheal, Megat Imran(Anak Tok Megat) dan Marvin

Bukan sekadar kerja sambil lewa maaaa .. segala selut dan kotoran akan dibersihkan.

Tandope dan kelengkapan servisnya. Nasi bekal pun dibawa bersama

Tukang sembor dan sapu

Ular ni nak tumpang join diketika kami sibuk membasuh

Sumbangan kepada Tahfiz SEKOLAH MENENGAH NAHDHAH HASANAH MELELE

Sumbangan pakaian perempuan kpd pelajar yg memerlukan. Sumbangan disampaikan kpd penolong pengetua, Ustaz Jamil yg merupakan anak kpd Dato’ Syeikh Tajuddin(Pengasas Maahad ini)

Sumbangan kpd Al Anwar Quran Centre. Kerosakan barang-barang dialami hampir 60%

Setiap aktiviti mesti diakhiri dgn agenda ni .. Pekena PASEMBOR Kodiang

No comments:

Post a Comment