Monday, November 08, 2010

Kayuhan Banjir: Satu Ujian

Tarikh: 03/11/2010 – 07/11/2010
Lokasi Tumpuan: Alor Setar – Kepala Batas
Kelihatan Lapangan Terbang SAH - Pandangan dari rumah penulis(bagaikan di tepi tasik)
Sesungguhnya banjir yang melanda negeri Kedah dan Perlis ini adalah yang terburuk pernah aku alami. Dimaklumkan hampir 40,000 orang mangsa banjir terpaksa dipindahkan dari beberapa daerah di Kedah meliputi daerah Padang Terap, Pokok Sena, Pendang, Kubang Pasu dan Kota Setar bahkan hampir keseluruhan Bandaraya Alor Setar turut dinaiki air. Dilaporkan 5 orang menjadi korban banjir.
Rumah aku terletak bersebelahan dengan sekolah KEb. Titi Gajah yang menjadi pusat perpindahan tetapi terpaksa berpindah dek  air yg semakin meningkat. 5 hari terputus bekalan elektrik dan air, terasing bagai berada di pulau. Malam yang terlalu panjang dan siangnya diisi dengan kayuhan bagi menghilang kebosanan tahap melampau. Apapun, ini hanya sekelumit ujian dari Allah kepadaku berbanding yang lain yang terpaksa berpindah bahkan mengalami kerosakan dan kehilangan harta benda. Di sebalik banjir yang melanda ini perlulah kita mengambil iktibarnya dan merenung hikmahnya itu
 IMG_6634Air semakin meningkat – Awal pagi Rabu 04/11/2010 posing dahulu sebelum nak lawat kawasan. Kesempatan nak cuci basikal tak sempat basuh sejak balik dari Kuale 
IMG_0516Bersama anakku(Shauqi)Tahap maksima ketinggian air – jalan memasuki rumahku
IMG_6644Bersua rakan MTB, sukarelawan sdr. Nasir (PBSM)  bertungkus lumus membantu penduduk yg dilanda bencana ini. Syabas Nasir! awat tak bawak gerek
IMG_0452    seronok anakku layan DSLR
IMG_0474
Art TIti Besi bergaya dihadapan rumahnya – rumahnya dimasuki air separas pinggang
IMG_0426Masjid Tuan Husin, Titi Gajah – oppss Solat Jumaat??? 
IMG_6668
Homestay – khemah dan kereta antara pilihan utk tidur.
IMG_6660Mempelbagaikan kenderaan merentas bah
IMG_2143IMG_0468Lepas ni kena servis laaaaa – randuk air
IMG_0462LTAH - Air membuak masuk ke sawah
IMG_0454Depan simpang ke Airport  - air dah mula masuk
IMG_2165Kapalterbang dah tak boleh nak terbang – landasan naik ayiaq
IMG_0525
IMG_6656Air makin naik - Kena pindah lagiiiiii
IMG_2174
Jiranku pun dah mula pindah – makin sunyi ler
IMG_6681Depan Masjid Intan Syafinaz, Anak Bukit – banyak kereta sangkut di sini 4x4 ok la
IMG_6682Kediaman rasmi Menteri Besar Kedah di Mentaloon  
IMG_6687Bersua rider yg dok kayuh dalam air jer – dia kata nak training otot – di hadapan Wisma Darulaman – Bilik Gerakan Banjir disinilah
IMG_6689Hari ke 4 – terpaksa naik basikal cari bekalan makanan dan lilin di Giant Alor Setar 
IMG_2186Air dah masuk halaman -  Anakku – syok sungguh main air naik gerek
IMG_2212Malam tak tau nak buat apa – bila terasa boring cari kamera petik apa yg patut

No comments:

Post a Comment