Monday, April 26, 2010

Khao Nam Khang - Kami Datang


Tarikh : Sabtu, 24 April 2010
Misi: Kayuhan Ke Khao Nam Khang, S/Thailand
Jarak : 85km(pi - balik)
Tempat Kumpul: Padang Letak Kereta MPKP(Gerai MARA)Bukit Kayu Hitam, Changlun, Kedah
Waktu Mula : 8.30am(Waktu Malaysia)
Max Speed: 75km/h
Average Speed: 28km/h
Waktu Tiba : 5.00pm (Waktu Siam)
Penyertaan: 7 orang
Abang Ronn, Nasrul(Lontruth), Ai, Pudin, Zalmi, Art & Art

Khao Nam Khang terletak dalam hutan simpanan di Selatan Thailand dan bersempadanan dengan Malaysia. Terletak di Moo 1, Tambon Khlong Kwang, Amphoe Nathawee,Wilayah Songkla. Jaraknya ± 45km dari Bukit Kayu Hitam atau 92 km dari Hat Yai.
Untuk ke sana, terpaksalah melalui laluan yg berbukit(kena ragaih lebih dari 5 bukit(Bukan anak bukit, bukan Gon)), menyelusuri sempadan Malaysia/Thailand , kampung2 tradisional, kebun getah sebelum ke kaki pergunungan dan barulah jumpa perkampungan puak-puak komeneh ni.
Apa yang menariknya disini ialah terdapatnya Terowong (Man Made) yang dibina oleh pengganas komunis(jahanam)dari Rejimen Ke-10 dan Ke-12 PKM. Ianya dibina sekitar tahun 1971/1972 dan mengambil masa selama 2 tahun untuk siap.
Terowong ini mempunyai 3 tingkat sejauh 1000 meter, mempunyai beberapa laluan keluar dan boleh menampung 200 orang. Terdapat berbagai bilik di dalamnya seperti, bilik mesyuarat, bilik pembedahan, shooting range(kecik jer). Diluarnya ada dapor, gelanggang basketball, bilik/tempat mmmm ahhh ahhh dan lain-lain kemudahan asas.
Seorang apek(bekas komunis ler) memaklumkan bahawa dia berasal dari Gurun, Kedah. Banyak lagi terowong yang berdekatan, tetapi telah runtuh(aku nak korek maklumat .kot2 terowong ini berhubungan dengan terowong komunis di Bukit Lebai Hussin, Sintok..jadi bolehlah kami teroka dengan naik sepeda nanti..tuuu cari peluang )


Semua pakai border pass ..hari ni takdak sapa yang buat bodo masuk pi
Apa yang Nasrul dok kelentong tu .. khusyuk sungguh depa dengar(cuba lihat muka depa ..muka heran)
Kayuhan hari ni juga adalah utk menCIWI wheel set Fulcrum Red Metal Zero. (masih dok bau kedai lagi ni)
Nasib baik la hari ni aku tukaq pakai tayar slick 1.25(huiii meluncur laju). NAsib baik depa tak kona masuk offroad .. kalu tidak mampuih la akuuuu
Pukui 10.00pm semalam dok Shah Alam lagi ..pagi ni kayuh ..kuat ..kuat (pasai apa) Hampa tengok ..lantak telur ¾ (tiga suku) masak  2 bijik(bagi balance), buh kicap dan minyak tomoi !! +  Pharmaton + kapsul ubi jaga + kapsul lelaki hebat ..
PERHATIAN:Kalau hendak ke sana eloklah bawa bekalan, kerana tiada makanan halal disana.
SORII..sepatutnya menu ni perlu dibawa bersama.
Inilah untungnya bila gerek ada pelantar ... pulut ayam(3 kiloo oo) boh atas pelantaq ni la.. kalau boh raga kan best .. boleh kutip durian dalam perjalanan nanti.
Perjalananpun bermula..merentasi jalan di dalam pekan Danok.. 
Satgi pendakian akan bermula.
Cantik Restoren terapung ni ...
Mula dah ... pendakian
Baru 5km ...
Sweeper ... Abang Ronn. pulut OK ka?
Kawasan kebun getah ... hari ni jalan ni kami yg punya .. (sunyi dan lengang)
Menyusuri sempadan bersama ..sebelah sana tuu MARDI Bukit Tangga
Kawasan perkampungan tradisional
CP1 - 15km: kalau hari selasa disini ada NAT
CP2 - refill water ..duit malaysia tak laku sini na... line CELCOM OK ..
Sempat bertanya pemunya FULCRUM ni ..apa komen anda: jawapnya...Fuhhhhh Sedarppp..jawapan pendek yang membawa makna yg sungguh besar.
Lori bawa Gajah ... Bok baik ART ..jangan dekat sangat ..dia kencing satgi ..haruuu
Ringannya Fulcrum .... Tu boleh potong lori bawak gajah
Gon yang sangat mencabar, panjang dan landai(2km lebih ooo) tapi kami ragaih mudah jerr..
kalau tuan-tuan ada lesen(penuh) gunung Jerai ..Setakat Bukit ni tarak masalah
Turun Bukit tu jumpa laah perkampungan
Posing sat .....
Aii ..sini pun nak tanggung juga (maklumler gerek 7 kilo) .. Pekena pulut Ayam disini.INGATAN: sebelum beli pulut di BKH ..ambil perhatian..kami dah kena ayam medak ...
Masuk tikit kena B100.. tapi kalau habaq mai kayuh gerek dia bagi la RM4.00@RM5.00
Dok belek grenade launcher dan senjata puak-puak petualang
Bebarapa gambar komunis dok buat senjata api dan peluru/peledak
Terowongnya luas dan curam ..tidak  spt di Gucci tunnel, Vietnam yang pernahku lalui
ART sedang mencuba lesung hindik di kawasan dapur. 
Atas muka bumi ada banyak lagi tempat/bilik .. Tempat kawin pun ada oooo
Tempat beriadahpun ada
Antara pintu keluar/masuk 
1:50pm bertolak balik ..di bawah teriknya mentari ..waduhhhh, ambik la hampa, Nak mai sangat. Lepas ni DH best ..aku dapat capai kelajuan max. 75km/h (itupun aku brek sedikit diselekoh.. jika tidak mungkin boleh capai 80km/h..best pakai tayar slick nii..)
Aikkk ..awatni ..gerek naik pickup?(hari ini dalam Sejarah MTB)
Pasukan pertolongan cemaspun menyusul .. singgah sembahyang dimasjid Kepala Bukit(dah translate ke bahasa melayu baku)
Laaa...4 biji gerek naik pickup pulakdah  
ini yang dikatakan semangat setiakawan ..tak tinggai kawan .. membantu sahabat di dalam kesusahan(jatuhhh..) 3 lagi rider meneruskan kayuhan  
..SYABAS...
Sesungguhnya kayuhan ke Khao Nam Khang akan menguji daya ketahanan fizikal dan mental . . ianya memerlukan persediaan yg sempurna .. dan kayuhan kami ke situ bukanlah pula utk mengagung-agungkan perjuangan gerila petualang negara ini, tetapi utk melihat satu bentuk survival manusia dlm menghadapi sesuatu kemelut atau keadaan.
Dari pengamatanku, perjuangan mereka adalah sia-sia. Ada pula pihak cuba menarik perhatian(fikir sendirilah) dan baru-baru ini cerita tentang perjuangan Chin Peng cuba diketengahkan .. FIKIR-FIKIR DAN RENUNGKANLAH.

No comments:

Post a Comment