Hari : Jumaat - 10 April 2010
Mula: 9.00pm
Rider: 24 orang
Sebermula 'Seruan' Nasrul kali ini ternyata berbaloi dan berjaya menghimpun 24 orang rider dari 2 negeri berjiran. Team Jitra(Redflag & Gerek Baru), Team dari Perlis (NXT & Gedung MTB,GB team??), wakil Team Changlun,wakil KBS dan saudara Naim(Selamat Datang ke Dunia MTB Kedah).
Beliau telah bekerja keras utk menjayakan misi ini. Beberapa tempat berbahaya di trek ini telah 'ditandakan'nya sebelum misi bermula. Tidak hairanlah walau hujan sekalipun kayuhan ini lancar tanpa berlaku kemalangan yg serius(jatuh tu biasa laaa - licin)
Kepala Team NXT - Saudara Nizam dihadapan Kedai Redflag
Saudara Achong Fikri - MTB telah menjadikan beliau kehilangan berat sebanyak 11 kilo. Pandanglaahhh lihatlah ... pinggangku yg ramping dan dah slim oooo
Seruan utk berkumpul .......
Kelip-kelip
Menanti kehadiran 2 lagi rider sebelum cabaran pendakian bermula.
Harap selepas ni tuan tanah masih membenarkan rider melalui kawasan ini
Saudara Naim .. mungkin ada sesuatu yg anda terlupa?
Ni ex NXT .. berubah arah!
Kapten Jamal... Rantai 2 x putus
Siri-siri kayuhan malam akan berterusan dan ianya bukan hanya kerana KAYUHAN TERANG MALAM semata-mata, tetapi sebagai "pemangkin"
No comments:
Post a Comment