Wednesday, April 07, 2010

CP3, KEDAH JAMBOREE - Menjejaki di Malam Hari

Hari: Selasa 06 Aprik 2010

Jam: 9.00 Malam

Tempat Mula: Kedai Redflag, Pekan Jitra

Rider: 6 Org

Hujan yang turun tidak menghalang hasrat para rider (Pudin, Nasrul@Lontruth, Kapten Jamal, Art & Art dan Art IKBN) untuk mengayuh. “HUJAN YANG MEMBAWA RAHMAT”, ianya membasuhi jalan, trek menjadi lebih menarik dan mencabar. Cabaran yang menguji kecekapan para rider terutama semasa DH pada tempat2 yang berbatu dan lurah-lurah ayer.

Kayuhan malam offroad sememangnya memerlukan bantuan pencahayaan. Pencahayaan yang sempurna akan membantu para rider mengawal basikal terutama semasa DH. Pandangan yang jelas dan jauh penting terutama pada para rider yang tidak biasa dengan trek.

Tidak hairanlah saudara Nasrul sering mengingatkan, “Gunakanlah sekurang-kurangnya lampu China, lampu cateye kurang menyerlah”

Lampu China - Berbaloi membelinya, kadar pencahayaan pada tahap yg boleh membantu. Harga dlm lingkungan RM35.00 - RM45.00 : klik disini

CATEYE - Alah membelinya, alah memakai... pencapaiannya agak kurang bagi offroad .. onroad OK

PERINGATAN: Komen yg diberikan hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja. Ianya mungkin tidak benar pada yang lain.......... 

LAYAN pengembaraan kami:- 


Hari ini ada 3 ART ... sekali panggil 3 menyahut .. bagus utk kayuhan malam kalu camni

Lampu Nasrul yg paling terang -- pada yg lampu bermasalah, sila ikut belakangnya

Ni pun lampu china juga - 'Lampu motong'

Kapten Jamal - rider yg aktif kayuh malam

Hujan menyebabkan jalan jadi licin - tolak laaa ..


Melepasi Rintangan dan halangan

Awat tu ..... Ingat pesanan ni ..jentera yg baik akan mempengaruhi kayuhan anda ..mana GIANT?


Kayuhan Malam offroad tenyata berbeza dgn kayuhan di jalanan.  Bantuan dari peralatan amat penting disamping kemahiran. Oleh itu semua para rider terutama di bahagian utara Kedah adalah dipelawa utk menyertai team Redflag mengayuh dimalam hari.

Dari mereka yang mahir dgn laluan dan peralatan.. dapatkan beberapa petua menarik??!! 

No comments:

Post a Comment