Lokasi: Hutan Simpanan Sintok, Changlun
Tempat Bermula: Bulatan UUM
Masa Mula: 8.10 am
Rider: 5 orang
Tamat: 12.30pm
Sepatutnya ramai yang akan menyertainya xplorasi ini, namun di saat akhir hanya Abang Ronn, Tandope, Pudin, Naim dan Syafiq yang tampil.
Misi kali ini adalah untuk mencari laluan dari Bukit Lebai Hussin ke Puncak Janing. Dalam Perjalanan dahulu (sila klik) kami sudah berada hampir dengan puncak Janing.
Target kami akan berada seharian di kawasan hutan sehingga bertemu Puncak Janing
Permulaan carian adalah dgn mendaki bukit yg ketinggiannya 380 meter, namun denai telah terputus akibat aliran air (laluan tersebut juga telah lama ditinggalkan). Laluan ke bukit seterusnya tidak dapat dilalui setelah dinasihatkan oleh pemandu lori balak akan bahayanya kerana proses penebangan sedang dilakukan, maka sehubungan dengan itu misi kali ini ditangguhkan kpd xplorasi seterusnya.
Abang Ronn .. syabas, kegigihannya utk menjayakan misi ini
Permulaan utk offroad
TAndope dan Abang Ronn .. 2 teraju utama
Alor Setar dan Perlis hujan begitu lebat ..di sini..tiada hujan..ayer sungai pun cetek
Jalan yang berdebu halus..akibat laluan lori
Bermulalah pendakian
Di persimpangan ..kanan adah laluan yg biasa diambil ..
Keputusan dicapai utk mencuba laluan baru di kiri ...
Naim: ingatkan hanya pembalak dan kami sahaja ..rupanya ada geng cari burung.
Tudia aihh .. terok tolak niii
Laluan air banyak memutuskan jalan
Nampak seperti laluan ni dah lama ditinggalkan
Mudah tanggung dari tolak
Di ketinggian 380meter ini..diatas bukit sana, jalan sudah terputus
Terpaksa berpatah balik
Setelah berbincang: ambil laluan biasa
Pemandu ini memakumkan bahawa, di hadapan ada projek penebangan: BAHAYA
Terpaksa berpatah balik ..rehat di kawasan pondok: kini banyak pokok telah ditebang..awal tahun dahulu ..masih banyak pokok disini.
No comments:
Post a Comment