Setelah merancang akhirnya temujanji menjadi. Selasa, 20 April 2010, jam 11.30am, saya bersama Abang Ronn telah melakukan lawatan muhibbah bertemu dgn Consul General Malaysia di Thailand, En. Mohd. Aini Atan. Sesungguhnya tandangan muhibbah kami membuka satu lembaran baru dan insyaalah 'sesuatu' perancangan dan projek akan dilaksanakan.!! ?? Hint: River Kwai ...
Malam sebelum tu, terpaksa membatalkan kayuhan malam bersama Nasrul, Art, AI dan Jeff semata-mata nak menggalas misi ini ... sori Nasrul... alasan ni boleh terima kot ... takpa lain kali aku tak ngelat lagi... (atau cari alasan yg lebih munasabah)
Consulate General Of Malaysia buat masa kini berada di No. 39/5, Kanjanawanit Road Moo 10, Tambon Khao Roob Chang, Muang District, Songkhla Province. Bangunan terdahulu sedang dalam pembaikkan.
Kami juga telah melawat perkampungan Prik(Ban Prik) yang juga mempunyai sebuah team MTB yang dianggotai lebih dari 20 orang ahli sekitar kawasan berdekatan. ... insyaalah selepas ini tali silaturahim sesama MTB 2 negara berjiran dapat dipereratkan lagi.
Dipanjangkan kepada seluruh warga MTB Malaysia bahawa HADYAI MTB JAMBOREE AKAN DIADAKAN PADA 12 JUNE 2010 (Maklumat Lanjut akan dimaklumkan kemudian). Mr. Teoh telah memainkan peranan besar bagi menjayakannya dan adalah julong kali diadakan di Thailand(Biasanya Thailad buat race). Jamboree ini mendapat sokongan dari Tourism Authority Of Thailand, Tourist Business Federation of Songkla dan Majlis Perbandaran Hatyai.
Ianya akan diadakan di Hat Yai Municipal Park (สวนสาธารณะเทศบาลเมืองหาดใหญ่), on Kanchanawanit Road.
Rancangan projek kayuhan bersama rider Malaysia/Thailand(Kayuhan Border) mungkin dalam perancangan ...TUNGGUUUUUUUUU
Awal pagi singgah di Ban Prik..Tokey Kedai Makan Abang Jaafar(Far) memaklumkan bahawa dikedainya menjadi pot geng MTB.
Pagi ..tak ramai yang hadir..hanya 2 basikal tergantung. Nyaman suasana kampung ni
Bergambar di hadapan pejabat Konsul
Konsul Malaysia berada hampir dgn Islamic Bank Of Thailand(Petandanya)
Bersama Konsul General(En. Mohd. Aini Atan) dan Abang Ronn
ATONG tokei kedai MTB di pekan Songkla.
GIANT ATX 7 = Berat 1.97Kg.. harga B 3900.00
JAVA - made in Italy -1.7kg, price ..manyak mulah, mulah oo
Dia ni banyak jual merida.. depa panggil Soo Beng Songkla
Kedai Ah Teoh di Hadyai.Perancang utama HADYAI JAMBOREE
Antara basikal yg ada di kedainya.
Sebelah petang dapat berjumpa dgn beberapa TEAM PRIK ..
Kiri sekali Abang Mubarak..Beliau akan turut mengeskot team yang akan ke kayuhan Khao Nam Khang pada 24/04/2010 nanti (mampuih la hampa ..kuat oo dia ni)
Kanan ..sekali cikgu ????? sedang buat master di Universiti di Songkla
Hangat sungguh layanan pihak MTB Prik kpd kami, terima kasih tak terhingga kpd Abang Far dan abang mubarak (penterjemah).. ajak makan nasi lak .. nasib baik dah kenyang makan kat Chekkar..kalau diikutkan muka tak malu ....???
best2.
ReplyDelete