PERLIS MOUNTAINBIKE JAMBOREE 2010
RIDE UP NORTH - RUN10
Venue : Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Ulu Pauh
Date : 14th March 2010
Time :07:30 am (Flag Off)
1412 peserta
Bukanlah nak bodek, bukanlah nak mengampu, kerana tiada untung diperolehiku, namun Perlis Jamboree 2010 ini, aku merumuskan adalah penganjuran yang terbaik. Ketepatan masa dan Flag Off oleh DYTM Raja Muda(sentuhan DiRaja ni..) Oleh itu, dengan mengambil kira beberapa aspek penting, secara peribadi aku menarafkan Jamboree ini - 8/10(kira OK la tu.).
Dengan jarak kayuhan 47km, beberapa bukit yang perlu didaki, kepanasan(antara tempat paling panas di Malaysia) yang terlindung oleh dedaun pokok dan bantuan hujan yang turun sehari sebelumnya telah membantu kesegaran kayuhanku dan hasilnya aku berjaya menamatkan kayuhan dalam masa 3 jam 19 min dengan memperolehi No. 357(Plet aku 356) – kira OK la tu, kerana berhenti merata tempat untuk tangkap gambar. Apapun ini bukanlah alasan sebenarnya, yang penting aku berjaya menamatkan kayuhan ini dengan sempurna.
Difahamkan, 15/03/2010 - Pihak penganjur telah mengadakan satu gotongroyong membersih segala sisa tinggalan riders(bekas ayer, sampah dll).

SYABAS PERLISMTB CLUB DAN PIHAK-PIHAK YANG TERLIBAT

7.20AM Dah bersedia.. 5.30am dah bertolak pi Ulu Pauh.
Malam tidurpun tak terlelap, mungkin teruja sangat nak kayuh kot?

Flag Off jam 7.30 pg oleh D.Y.T.M Raja Muda Perlis(SYED FAIZUDDIN PUTRA JAMALULLAIL) dan dikirinya YAB Dato' Seri Dr. Md. Isa Bin Sabu, Menteri Besar Perlis.

2km Pertama - kayuhan atas jalanraya

KM12 - CP2 - ART:Kacang jer kayuhan ni ... satgi???
Sebelum tu:Masuk sahaja offroad(km6) udah ramai rider mengalami masalah tayar.

Selepas km13 - kawasan Laka Temin.
Hujan sehari sebelumnya banyak membantu mengurangkan debu-debu merah, jika tidak ???

Saudara Senu .. Huah ! dia potong tang ni sampai tak jumpa dah di laluan ni.

KM 17 - FP1 - Air Mineral dan Pisang. Aku serbat 3 biji pisang - yerla, sempat makan roti jer tadi pagi.

Ada tasik disini, cantik pemandangannya.
Tangni jumpa Tandope bersama D90 nya

Saudara Pudin saling membelakangi Tandope. - Posing sat!

Ah..Rush Done ..Come on ..rush rush ...

Pendakian Genting Kandahar - Udah tolak ..
Ada rider yg jatuh +- 6 kaki ke bawah semasa mendaki tadi.

KM 23 - CP3

Mendaki Jejantas - Art masih tersenyum

KM25 - FP2 - SUNTONIC percuma

Siap beratur - utk menikmati bekalan air

Kayuhan di dalam kebun Getah - lindungan dari terik matahari

KM 30 - CP4

Blogger ODD .. dari kejauhan mudah dikenalpasti dari jersey itam dan seluar ala sojarnya,
OIT aku tang ni laaa.. tunggu aku laa... lepas bukit air cond dia kayuh lesap piii

Bukit Air Cond .. Agak lanjut dan landai. Lepas ni DH lak la..

Laluan dua batang kayu .. menyeberangi anak sungai.

Tudia Bukit Botak - benarlah gelaran yg diberi padanya ..selepas ni bila tumbuh jambul, jadi Bukit apa lak?

Saudara Alan .. dari KBS team

BAnyak yg menolak dek keletihan kerana pecutan awal tadi.

KM37 FP 3 - Ayer mineral dan pisang(siap dikupas - cuma tak disuap jer)

KM45 -CP5

Dah dekat nak sampai ..Pak Ndak(Bazli)
Sepanjang kayuhan, ramai juga rider yg bukan setakat kejang kaki, leher pun kejang juga.

Disinilah Bermula dan Berakhir
Dok alpa tangkap gambar..orang dah potong

10.49am ..aku berjaya sampai ke garis penamat ..
Ada kalungan pingat lak...

Inilah ..hasil dari kayuhan. Kira OKlah tu. janji tamat dan enjoy
Kalaulah kealpaan aku tadi tidak diambil kira..maka jadilah no ku sama spt no. plet

Hadiah yang menanti pada yg bertuah

Aik .. baru jumpa.. Saudara Alias dan SAudara Badrisyam.
No comments:
Post a Comment