Monday, March 22, 2010

Trial Bukit Wang - Pencarian Laluan

Tarikh: Sabtu, Tanggal 20 Marca 2010

Mula Kayuhan : 7.30am

Rider : 7 Orang

Mula: Kedai Alias D' Pallas, Kampung Gelam, Jalan Hospital, Jitra, Kedah.

Jarak: 32km

Masa: 2 jam 20 minit

Sekali lagi, pencarian laluan baru utk trial Bukit Wang di lakukan. Mungkin sesetengah laluan yg dinyatakan dalam blog ini telah pernah dilalui( namun tidak diketengahkan), maka kebertanggungjawaban  kami dalam merintis  jalan ini adalah semata-mata utk dinikmati oleh para rider kemudiannya.

Kedah Jamboree 2009 telah berlalu, kebarangkalian ulangannya adalah rendah. Sehubungan dgn itu, pencarian-pencarian ini adalah utk melengkapkan lagi trial BUKIT WANG dan ada kemungkinan Mini Kedah Jamboree(ATAU APA SAJA NAMA YG BERSESUAIAN) akan direalisasikan. Apapun tunggu...!!!!!!!


Kelajuan Kayuhan mereka tu sampai Boleh potong Motor nyonya tu. Kayuhan menuju Bukit Wang melalui jalan hospitan(Jalan Ke Malau) 

Membelok ke arah Taman Cermai

Melalui Laluan Paip Gas

Lalauan Paip ini berada di belakang kampung KEDA Malau(Dikiri gambar adalah Kg. KEDA)

Memintas masuk ke Kebun Getah ke arah kawasan ternakan ayam(Kami gelar = Reban Ayam)

Dari Sinilah bermulanya pencarian, Saudara Alias(pakar dlm peninjauan) menerajui pencarian ini.

 Saudara Alias menerangkan sesuatu tentang arah laluan

Merentasi anak sungai - berada dalam kawasan dusun

Kawasan teres getah - Syam tanggung basikalnya utk memudahkan perjalanan.

Alias .. sedang meninjau arah yg bersesuaian

Laluan dihalangi dgn pagar berduri

Saudara Alias sedang menunjukkan kesinambungan laluan yg bercantum dgn Bukit CP3

Terpaksalah melintas pagar berduri.

Saling bantu membantu mengangkat basikal menyeberangi pagar

Penat menanggung gerek tuu. Di kanan sekali, rider junior anak kpd Art(kiri)

Alias sedang menunjukkan laluan yg harus diikuti dan dibersihkan .. Syam menggaru kepala yg tidak gatal

Perjalanan yg terpaksa diteruskan - Bukit yg telah digondolkan dan masih kelihatan kesan pembakaran terbuka

Saudara Senu(Pensyarah UiTM Arau) keletihan setelah menaggung dan mendaki

Akhirnya ... Inilah laluan Kedah Jamboree dahulu

Setelah kembali ke Jalanraya utk memasuki laluan belakang Bukit Wang, bersua dgn Geng PerlisPowerMTB dan Malakoff- kayuhan Padang Terap ke  Wang Kelian - Rujuk: http://perlispowermtbclub.blogspot.com/

Disini ..Cikgu memaklumkan ada lagi laluan motocross yg ditinggalkan kerana balak yg merintangi laluan itu .. akan di tinjau kemudian nanti

Di dalam kawasan Kelapa Sawit -  Tayar syam tercabut ..hati-hatilah tuan/puan ..ketatkan QR anda

Hari ini tidak memasuki laluan Nasrun.. hanya singgah menyapa sahaja. Beliau dan geng-geng DH sedang pulun membuat laluan.

Di laluan Rekreasi Bukit Wang



2 comments:

  1. patut tak benti tang trail dj aritu,.. rupanya ada mision lain.

    ReplyDelete
  2. Ya..ya..lagipun haritu ..dia baloq semacam jer ... seminggu tak kayuh .. gagah jugak la

    ReplyDelete