Tuesday, March 23, 2010

BUKIT JAMBUL, PENDANG


Seringkali bila melintasi Bukit Jambul Bukit Pinang ( dalam perjalanan dari Alor  Setar ke Selatan menggunakan Lebuh Raya Utara Selatan) sentiasa terlintas di hati bahawanya akan ku tawan Bukit Jambul  Bukit Pinang  ini satu hari nanti.
Kebetulan kelmarin ke Pendang,  peluang diambil untuk meninjaunya. Bukit yang dahulu cantik kini telah ditarah. Kuari tanah untuk projek Landasan berkembar  menguatkan lagi  semangatku untuk mendakinya (kerana satu hari nanti Bukit ini pastinya luput dari muka bumi dek pembangunan).
Kuari diatas bukit dengan laluan lori tanah berkecerunan 20 darjah tentu menarik kayuhan ini. Penduduk tempatan memaklumkan bahawa pendakian hanya dibenarkan selepas  jam 5.00pm dan hari cuti. Alor Setar dan Yan dapat dilihat dari puncaknya.
Pada rider yang pernah mendaki atau mengetahui tentang Bukit Jambul Bukit Pinang , pohon respon utk panduan pendakian(atau kayuhan bersama).
adiharriman pernah kesini ...sila klik..

* PEMBETULAN: Bukit Jambul yang dinyatakan sebenarnya adalah Bukit Pinang

4 comments:

  1. ingat ke bukit jambul penang kat kedah pun ada bukit jambul rupanya. yang tu tadak dapat la nak beri info.

    ReplyDelete
  2. Pendang dan Penang pun hampir serupa..

    ReplyDelete
  3. sbnrnya pic yg anda ltk itu bukanlah bukit jambul tetapi bukit pinang...bukit pinang ini berhadapan dgn bkt jambul...rmai yg keliru yg mn satu bkt jmbul n bkt pnang... ^_^

    ReplyDelete
  4. Terima kasih kkhuarul atas makluman ..pembetulan pada Nota Kaki

    ReplyDelete